Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan

Tuesday, August 31, 2010

KEMERDEKAAN UNTUK AYAH

salam

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah


lagu ini akan berkumandang bila tibanya bulan kemerdekaan saban tahun. sudah 53 tahun bumi yang gua pijak ini merdeka dari penjajahan fizikal dari pihak portugis, belanda, inggeris, jepun dan komunis. Pelbagai dugaan telah diberikan kepada nenek moyang kita didalam tempoh kekejaman itu. Namum, mereka masih mampu berdiri mempertahankan tanah ini demi kemerdekaan yang mereka cari untuk anak-anak bangsa. tanpa ada erti putus asa, takut, pengecut serta pentingkan diri sendiri, maka tercipta lah sebuah kemerdekaan untuk tanah ini.


disini, gua ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah tuhan yang disembah kerana dengan izinnya, tanah ini dimemerdekan dari kekejaman pihak-pihak penjajah. selain itu, jutaan terima kasih kepada semua pejuang perwira dan srikandi kemerdekaan yang sanggup terkulai di mata pedang, sanggup terbunuh dek peluru senapang hanya untuk memerdekakan tanah ini. tak perlu gua sebutkan siapa pejuang kemerdekaan pada dinding cakaran ini kerana ia sudah pun tersemat dihati gua dan terlalu banyak insan yang berjuang untuk hari ini. 

gua cuma ingin menghadiahkan cakaran ini khas untuk seorang perjuang yang dari dulu masih kental dengan jiwa seorang perwira. beliau adalah ALI BIN ARSHAD. bapak gua lah perjuang bagi diri gua kerana beliau adalah bekas tentera yang sama-sama mempertahankan tanah ini dari terus dijajah oleh anasir yang kejam. bapak gua pernah berkhidmat sebagai seorang tentera selama 12 tahun. pernah menjaga berbatasan tanah ini di hutan grik perak. jika di ketahui, hutan grik ini pernah menjadi sarang hitam si komunis dan kubu terkuat tentera bintang tiga ketika itu. bapak gua tinggalkan isteri dan anak-anak demi menyambung perjuangan orang dahulu kala. 





beliau pernah bercerita detik-detik bertempur dengan pihak bintang tiga. pernah terkena tembakan di lengan kiri akibat kekejaman komunis. sial punya komunis. lu orang berani tembak bapak gua. masih disimpan kain yang membaluti luka tembakan itu untuk ia terus hidup dalam nostalgia bersama rakan-rakan tentera. mujur la allah panjangkan umur beliau agar dapat berkongsi pengalaman mempertahankan tanah ini. rasa rindu pada isteri dan anak-anak terpaksa ditelan. hampir 5 bulan sekali baru bapak gua pulang ke kampung halaman menjenguk keluarga. itu pun bukan nya lama.


tiada niat gua nak meriakkan diri bapak gua. cuma, bagi gua, dia layak diberikan penghargaan oleh anak-anaknya sendiri.  beliau adalah bapa dan pejuang serta perwira bangsa dan kemerdekaan. cucunya, adam sampai dapat pujian dari cikgu tadika nya kerana menulis sebuah cerita bertajuk " my grandpa is my hero". ALI BIN ARSHA, abang bangga ada ayah seperti mu. moga allah dapat membalas segala pengorbanan yang ayah berikan. 

GUA ADA NUKILAN UNTUK SEMUA

KEBANGKITAN SEBUAH BANGSA

bermula dengan tembakan portugis
mengalir sepi darah dan tangis
jati diri kian terhakis
bangsaku terus dijarah habis

malay union kemuncak segala
bangsa melayu bangkit semula
menjadi noktah sebuah derita
bangsaku ini bukan boneka

melayu tak lagi berdiam diri
ketuanannya bukan mainan lagi
si dia menyatu kami
hidup melayu laungan abadi

pemuda pemudi tak kira usia
bersatu memulih tamadun bangsa
jeritan mereka menggegar dunia
mampu menggentar penjajah durjana

kini merdeka milik kita
hasil darah keringat bangsa
jangan biar luka menyiksa
kekalkan ia keakhir masa


 

No comments: