Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan

Tuesday, March 29, 2011

lauk pauk

salam...sudah lama tidak mencakar
penuh sawang di sini

xpela..aku cakar kembali

cerita hari ini pasal lauk
kalau nak memasak sesuatu lauk tu
kite perlu ada beberapa benda
ikan ke, ayam ke, apa ke, apa-apa je lah,
mesti ada perencah, mesti ada perasa,
semua itu kene usahakan,
tak pernah lagi aku rasa ada lauk turun dari langit
kecuali filem P.Ramlee
itu pun sebab lakonan

nak mencari bahan-bahan untuk memasak agak rumit
cuba kita letakkan sehelai kertas yang tertulis resepi masakan
mesti ada yang baca dan berambus
malas nk mencari, malas nak proses,
malas la semua nya,



busuk, kotor, leceh,
semua lah
TETAPI
bila makanan dah siap dimasak
terhidang di atas meja
orang yang lalu tepi tingkap pun terjun masuk
apatah lagi orang yang ada di dalam rumah
semua nya berebut-rebut untuk mengaku chef
dah la mengaku chef, mahu santap macam pelahap
tanpa meminta dari orang-orang yang memasak
dah la tak minta izin
di usirkan pula keluar rumah
dianggap orang asing
benci melihat orang yang memasak
makan pula bersama-sama orang yang sudah kenyang

perut sendiri di utamakan
anak-anak kecil menangis tidak di pedulikan
biarkan mereka terus meronta mencari seketol ikan
mereka terus makan makan makan tanpa rasa belas ehsan


ini lah dunia
kalau ada sesuatu yang mereka rasa boleh menjadi batu loncatan
kiri kanan bawah dan yang paling penting ATAS pun tidak diendahkan
tapi ingat
makan jangan sebarang makan

p/s
ini dari inspirasi 9835
semasa berborak di dalam kereta kancil biru di tol karak
peristiwa di malam hari



MEREKA

anak-anak kita
siapakah mereka
berjalan-jalan ditengah kota
tanpa peduli perihal dunia
hanyut sendiri dibuai nafsu
hilang arah hendak dituju
diri melayu entah kemana

lagak seperti tiada agama
mendongak langit tidak memandang ke bawah
mengagungkan budaya bangsat penjajah
akhirnya tersadai dipintu penyesalan
simpang abadi untuk mereka

dimana salahnya
sudah diterap ajaran agama
serta disalut adat bangsa
masih lagi tidak berjiwa
adakah mereka penyambung kita
apa terjadi seterusnya
tanyalah pada batu disana

Wednesday, February 16, 2011

Bukan Sekadar Menoleh


bila kita mula melangkah keluar dari pintu itu
jangan kita lupa untuk menoleh ke arahnya
buruk cantik baru atau lama
hakikatnya disitu lah kita pernah bersama
selangkah melangkah
seribu janji perlu ditanam
agar pintu itu terus tegoh berdiri
bukan roboh ditelan janji

usah fikirkan kenapa tiada manusia memerhati ketika kita jadi penghuni
apatah lagi untuk melangkah masuk menyampai berita
mungkin mereka rabun bahasa
kini giliran kita melangkah kedunia yang luar
kita perlu membuka laluan itu
percaya akan ada yang menghulur tangan untuk dipimpin

genggam erat tangan dikiri dan kanan
bergerak melangkah pulang ke tempat itu
kerana masih ada penghuni kehausan
rempoh halangan jika ada di depan mata
demi memberi bantuan agar mereka bernafas

sahabat teman kawan dan rakan
marilah kita kembali ke pintu itu
agar kita tidak menjadi si rabun bahasa
kerna seseorang pernah berpesan kepada kita


-0937-

Saturday, February 5, 2011

~kesalahan dan dosa~

Dipermulaan kehidupan bewarna putih sungguh indah. tiada secalit kotoran yang dilahirkan bersama setiap insan. sungguh adil maha pencipta kepada setiap makhluk ciptaan nya. bermula dengan tangisan pertama, ia mula menghampiri kita dengan pelbagai hasutan dan tipu daya agar kita terus mencari syurga buat dunia dan menempah neraka untuk bersama.

Satu demi satu kita mencuba menambah dosa tanpa di tegah oleh anggota yang diberi. kita relakan ia menyelaputi hati oleh titik-titik hitam yang membesar wilayahnya hingga menjadi kota kerakusan di dalam diri manusia. betapa cepatnya ia merebak seperti kilat menyambar pohon di tengah kota. namum tiada langkah pembendungan dilakukan agar menjadi benteng penghadang kepada iman yang telah lama di tinggalkan.



Akhirnya, tersadai di tengah lautan bergelora. timbul seribu penyesalan akan tingkah laku yang selalu menghantui fikiran hampir ditelan gelombang hasutan yang dasyat. ya  tuhan ku. jika ia adalah pembalasan atas kesalahan debu-debu dosa, aku bersyukur pada mu. terimalah aku seperti mereka. ampun kan kesilapan dan kesalahan. tetapkan lah iman ku pada ajaran mu. aku merayu kepada mu. kerna aku hanya lah seorang hamba. amin.

Saturday, January 8, 2011

~cinta untuk perjuangan~

~CINTA UNTUK PERJUANGAN~

BERMULA......
TERBITNYA DARI HATI
LALU IA MENGALIRLAH DIDALAM DARAH
MERESAP TERUS KESEGENAP TUBUH
MENIUP ROH MEMBARA JIWA
BETAPA INDAHNYA IA BILA DISAYANGI
BETAPA AGUNGNYA IA BILA DICINTAI
BETAPA ISTIMEWANYA BILA IA DIHARGAI

OH.......
JANGAN SEKALI SESALKAN PERASAAN INI
KERANA IA ANUGERAH TERHEBAT DARI ILAHI
CINTA DAN SAYANG AKAN IA
MULA MELAFAZKAN IKRAR SETIA
DISUSULI AKAN LANGKAH PERTAMA
BERTEMPANG TETAP JUA DIREDAH
TERGADAI NYAWA SANGGUP RELAKAN
KERANA IA TERLALU BERHARGA

AIR MATA DAN DARAH INI
TERCIPTA UNTUK MEMBASAHI SEBUAH MEDAN
AGAR IA MENJADI LAUTAN PERJUANGAN UNTUK SEMUA.......

~0937~
1.25 a.m