hari ini aku marathon mencakar di halaman ni. sebabnya, dah lama aku sangap nak menulis. janji aku puas. ini kisah part 3 cerita masa degree. lagi banyak kisah. aku lepas habis je semester 5 diploma dapat tempat praktikal kat Klang, bandar yang penuh dengan kesesakan jalan raya. sangat menyakitkan hati dan kaki aku tekan pedal time memandu. masa tu, rasa macam seronok jugak la sebabnya tak payah menghadap buku, pergi kerja dan balik kerja. terdetik dalam hati ini macam tak mahu sambung belajar, sambung degree. tapi lama kelamaan, tak boleh jadi, aku mesti sambung degree sebabnya ilmu aku masih tak cukup, macam mana nak dapat gaji 3K keatas.
me, dr robert thomas n zul |
jejaka macho kelas aku |
senang kerja, call MICET, "encik, saya airul affendi, pelajar micet sedang menjalani latihan industri, macam mana saya nak apply untuk kemasukan degree erk?" perempuan yang jawab "owh...sonang ajo, awak amek borang kat micet, anta copet-copet dongan document yang longkap"(loghat N.9. settle kerja aku. tak perlu fikir nak apply mana-mana ITP lain. alasan aku, MICET is the best chemical engineering university.
aku pun kumpul kan bala tentera untuk bersama-sama berperang dalam degree chemical engineering ni. dengar chemical jer semua macam nak lari. biar betul ambil degree chemical engineering. susah wo...( padahal tak da la susah mana pun). semua bala tentera pun berjuang la bersama aku, tapi ada jugak kawan-kawan aku yang terus kerja, sambung degree di oversea macam adam, andi, mimie, farahah dan ramai lagi. bangga siut aku dengan diorang.
berjimba bersama rakan sekelas |
tasek bera-research apa tah. lupa la |
kurik icon |
tapi masa degree ni la aku baru betul-betul belajar erti sebuah kehidupan. macam-macam dugaan dan halangan aku tempuh. semua tu aku jadikan pengalaman untuk aku teruskan perjalan hidup ini. aku berterima kasih pada kawan-kawan seperti Budak-budak Jalan Kemus (now dah tukar name, the jaties), kawan sekelas, kawan se padang, kawan se gunung. banyak perubahan aku lalui masa aku ambil degree.
Perubahan pertama
aku bukan lagi footballer
gila tak? dulu dari kecik aku main bola bulat tu sampai patah-patah tangan kaki semua ada. tapi tiba-tiba je aku stop dan berubah angin. aku mula bergomol diatas padang dengan bola lonjong. hahaha. aku mula main rugby. best gila. aku tak tipu. makin hari aku makin ketagih main rugby. sanggup ponteng kelas english communication sebab nak main rugby. si mangkuk john la yang banyak hasut dan ajar aku. terima kasih pada rakan-rakan sepadang, john, black, ammar, bobby, kocey, jono, qimi, yap, pokbe, zoro, najib, azim, nash, ciwan, adib, ramai lagi la. to all Mr. Crab Rugby Club. you are the man. gila seronok main rugby sebab aku diajar bermain untuk enjoy bukan bermain untuk menang. dapat main dengan team singapore aku tak boleh lupa. kocey speaking bro dalam padang. "watch your leg". ayat ni aku akan ingat sampai bile-bile. tapi sebenarnya, rugby mengajar aku apa itu erti "brotherhood". kalah menang tidak penting. tapi team come 1st.
aku |
ciwan 7 n me 17 vs uitm |
aku panjat gunung
aku memang agak lasak, tapi tak pernah pulak rasa nak join aktiviti panjat gunung ni. lakhanat john ajak aku naik gunung ledang bulan 12 tahun lepas kalau tak salah aku. fuyo, takkan lah 1st gunung aku panjat gunung ledang? dasyat. tak pe. layan. aku pun join la. bila sampai sana. ianya bukan memanjat gunung semata-mata. aku mula buka mata, cuci telinga dan bersihkan otak. aku berjumpa dengan orang melayu yang jarang aku lihat dimuke bumi allah ini. lanun 8410, lanun 9836, lanun 9835, dan ramai lagi la. diorang ni sangat pelik tapi sangat bagus. bab ni aku akan cerita kan dilain cakaran. kalau nak tau, jom ikut aku naik gunung ledang bulan 12 ni. pasti puas.
di puncak |
belajar duduk umah sewa
memang dah target bila masuk degree mesti kene halau dari hostel. aku pun menyewa lah kat A famosa resort. gila gempak. student universiti duduk kondo. masa ini, semua nya indah, mewah, agung, dan tinggi. biasalah duduk tingkat 18 kondo d'savvoy. memang terbaik kondo tu. puas hati, enjoy dengan housemate. tapi keindahan tidak kekal lama. aku mula terjerat dalam kemewahan.hahaha. tak mampu nak bayar lagi untuk tahun berikutnya menyebabkan aku dan kawan-kawan berpindah ke Vila Jati (taman Jati je). kat sini semua serba kekurangan. dulu kat a famosa tidur dengan tilam empuk. hari pertama aku pindah taman jati aku tidur atas kotak dicelah-celah beg. hahaha.pengalaman. tapi kenangan yang tercipta di taman jati lebih bermakna.
hurm, aku pun dah hampir tamat belajar di MICET, perasaan sayang makin menebal. nak berpisah dengan kawan-kawan nie jangan cakap la. hati memang 100% tak mahu. tapi perjalanan masih jauh dengan haluan dan impian masing-masing perlu digapai. apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuk rakan-rakan serta pensyarah di UniKL MICET.
cuma ingat ayat ini
"aku akan kembali"
8 comments:
First!!!
-adam-
Ooo...ponteng kelas english ye? Huhuhu...
haha...addicted to rugby sampai sggup ponteng kls madam nora or bagi alasan ade training...huhuhu...
xpela...kenangan =)
. kocey speaking bro dalam padang. "watch your leg" - ok ini kelakar! haha.
kecik.. ko tak sedih ke mase tulis ni.. aku bace pun mcm sebak sikit.
bagus! ini yg micet mahu. proud to be ur kwn at micet.
-frhh-
hahaha...kocey mmg hot...
aku agak sedey la...tp tahan je la
masing2 perlu tinggalkan...
meneruskan perjalanan menggapai impian...
tp kenangan akan simpan dalam ingatan
akhirnya!sya jmpa gak blog senior yg study kt micet...dri dlu lg sya cri blog ttng micet or yg brkaitn ngn micet la coz sya pom akn ke micet julai nnty..huhuhuh..thanks!
lau sudi,story agy sal micet...=)
trutmanya cara blaja..hehe!
askm...sy nk ask... apa beza antara Bachelor CE in Process and Bachelor CE in Bioproces ?
student unikl micet so far dpt keje x ? klu dpt... apa jenis prospek kerja ?
maaf bertanya...coz tgh menimbangtara kemasukan unikl micet...
Abg just nk.tnya bila dah habis diploma. Kt unikl micet nanti degree asal 4 tahun...Bukan bole kurangkan masa ke
Post a Comment