Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan

Saturday, November 27, 2010

~Pahang-Kuala Lumpur-Perak-Kuala Lumpur-Pahang in 1 day~

salam,

awal-awal pagi lagi aku telah bangun. jarang waktu-waktu di rumah ni aku bangun awal. tetapi, selepas diberi tugasan oleh Mak Milah, aku dikehendaki menjemput anak perempuannya serta kereta di Batu Gajah, perak hari ini. cabaran bermula pada jam 8.30 di Bandar Temerloh menaiki bas ke Kuala Lumpur. dalam bas aku tidur je. sampai KL, aku terus ke KL central untuk membeli tiket train ke perak.


bukan tak nak naik bas ke perak tapi nak rasa pengalaman baru naik train ETS (electric train service) yang agak baru dilancarkan. heboh aku dengar tak sampai 2 jam perjalanan dari KL ke Ipoh kalau naik ETS ni. nak la try jugak. tak dapat naik bullet train, naik ETS pun jadi lah. sampai di kaunter tiket jam tepat 11.15 pagi dengan harapan ada tiket jam 11.30 pagi sebab aku dah tengok jadual train ETS ke ipoh semalam. bila ditanya, train paling awal jam 2.00 petang. huh!!!.lama gila nak tggu. takpa lah. janji boleh sampai perak. sambil menunggu aku pergi melihat buku-buku di pameran kat tingkat 1. aku nak beli 2 buah buku. tapi budget kurang. sengket. dapat beli 1 je. ok la tu.

naik je train, aku apa lagi, terus membaca buku yang aku beli tadi. "Pemerintahan Mahathir-prestasi dan krisis dalam pemerintahan". aku ni memang agak suka baca buku bersifat begini. tambahan pula buku pasal Tun Dr. Mahathir, Mantan PM Malaysia. Bagi aku dia seorang yang sangat bijak dan "ultra Malay". pernah mengungkap perkataan "Alma Mater" yang meresap dalam jiwa aku. sesiapa yang tidak tahu maksud dan konsep alma mater sila rujuk pada kamus. aku pernah bercakap mengenai ia suatu ketika dahulu. Lagi 1 buku yang aku nak beli tapi tak kesampaian adalah "Survival and Challenge-Tun Abdullah Badawi". kalau aku ade duit lebih nanti aku cari lah buku tu.


Jam 4 petang aku tiba di station Batu Gajah, si kapan & puan sonia tak dapat datang lepak dengan aku. si kapan lesen kereta nya mampus. Puan sonia pula ada kerja. takpa lah. ada rezeki jumpa lagi. adik aku pun sampai menaiki Baby Blue. aku ambil alih sebagai pemandu. dari Gopeng hingga ke Sungkai hujan turun sangat lebat. aku sempat singgah di tapah beli dunkin donuts. perjalanan diteruskan sebab tak nak sampai rumah lewat jam 12. perut berbunyi dek bau donuts yang enak. masuk je jajahan pahang, aku pandu laju pulak mcd. bertambah aroma dalam Baby Blue.



akhir nya sampai di rumah Pak Ali & Mak Milah jam 10.50 malam. makan pun dah tak selera. tapi aku suruh adik aku lepak kang sambal udang yang mak milah masak dalam peti. besok aku nak makan. masa aku cakar halaman ni. aku tengah makan mcd.hahaha...

p/s : kapan sila kumpul cerita, jumpa di gunung ledang.
     : puan sonia (rakan sekelas masa sekolah rendah), ada rezeki kita jumpa ya. mungkin masa ko timang     cahaya mata. cepat-cepat buat anak wey.

No comments: