perlu ingat siapa kita. janganlah kita menderhaka kepada kedua ibu dan bapa. jangan sekali-kali berkata "ah" kepada mereka. akan menyesal hingga hujung nyawa jika air mata kesedihan mereka menyentuh bumi kerana dosa-dosa yang kita lakukan. cium lah pipi mereka, pimpin lah tangan mereka. doakan kesejahteraan dan kebahagian untuk mereka. "kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya".
Jika kita seorang pelajar,
perlu ingat siapa kita. "belajar terus belajar". janganlah kita malas menuntut ilmu kerana ia adalah cahaya di dalam kehidupan di dunia malah di akhirat. ilmu penentu hina mulia nya kita. ada ilmu segala perjuangan dapat diraih, dapat digapai, dan dapat digengam. tuntutlah ilmu. jangan lah kita sia-sia kan peluang yang terbentang luas untuk mencedok seberapa banyak ilmu dengan keseronokan semata-mata. si ibu dan bapa di desa penuh harapan menanti kepulangan anaknya dengan segulung kejayaan. jangan lah kita lupa akan pesan mereka dek kerana sibuk dengan khayalan. Ilmu penentu agama bangsa dan negara.
Jika kita seorang pendidik,
perlu ingat siapa kita. amanat besar dari harapan setiap insan. ajar lah mereka, didik lah mereka agar menjadi manusia yang berjaya dan "berguna". jangan sesekali kita cuba nodai nama Pendidik & Pengajar. rayuan dari semua, janganlah menjadikan bidang pendidikan sebagai lubuk mencari rezeki semata- mata, jadikan ia sebagai padang untuk mencurahkan benih ilmu kepada anak bangsa. pantang ada yang mencabuli erti "memberi ilmu".tempat ini untuk si mulia sahaja tiada ruang untuk pendusta.
Jika kita seorang teman,
perlu ingat siapa kita. anugerah dari nya adalah persabahatan yang ikhlas dan niat suci kerana ilahi. jangan kita rosakkan erti sebuah persahabatan dengan fitnah, hasad dengki, cemburu dan bertikam. tiada erti maaf dan terima kasih dalam persahabatan kerana ia ada di sudut hati masing-masing. bila dia sedih, kita adalah kegembiraannya. bila dia gembira, kita ada untuk meraikan bersama-sama. kekalkan ia sampai hujung nyawa.
jika aku seorang ......
p/s: telinga yang paling hampir mendengar adalah telinga sendiri yang terlekat di sisi kepala.
No comments:
Post a Comment