Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan

Monday, November 22, 2010

~Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology~ Part 1

hello.....


hahaha, sebelum aku nak mulakan cakaran ini, aku dah mula gelak sendiri dalam bilik atas katil. rasa kelakar bila aku teringat kali pertama dapat lanjutkan pelajaran selepas SPM. tapi sebelum itu, dah berpuluh borang institusi pengajian aku isi, IPTA, IPTS, Kemahiran, macam-macam lagi sampai aku sendiri pun dah lupa. masa tu, aku taklah meletakkan harapan sangat nak masuk U. Maklum lah, result SPM hancuss...hanguss...mampuss.. mana tak nya, semua orang asyik compare result masa aku UPSR = 4A 1B, PMR=8A 1D, SPM= bungkuss... tengok muka mak ayah aku memang hampa la.silapnya dari diri aku sendiri. banyak main la.

Rasa-rasa nya dapat IPTA tak? UITM, UTM, UPM, U mana lagi kat Malaysia ini nak ambil aku jadi Mahasiswa beb? malu la diorang kalau ambil aku jadi mahasiswa. haram nak dapat la kalau result ibarat campak dalam longkang pun anjing tak mahu buat tempat buang najis. sungguh sedih nasib diri ini.Tapi ada satu universiti kat Malaysia ini, masih terima aku sebagai pelajar. padahal, mula nya aku sendiri tak kenal dan tak tau U ini wujud ke kat Malaysia. Siapa yang bongok sekarang, U ke aku?. dah tentu lah aku.

Univesiti Kuala Lumpur- Malaysian Institute of Chemical Engineering & Bioengineering Technology? Bunyi tak pernah dengar tapi macam dasyat jer. ini kalau cikgu zailani yang mengajar kimia dulu tahu, confirm 20 jari aku kerat kalau dia tak gelak kan aku. mana taknya, dulu aku la yang buat dia menangis dalam lab kimia tingkatan 5 sebab melawan cakap dia. ahh...apa yang dapat, aku sauk je la. kos yang ditawarkan, Chemical Engineering Technology in Environmental Engineering Technology, erk...apa ni beb? ini bidang apa ni? layan. huh.


Ini lah UniKL MICET


Disebabkan MICET (singkatan untuk fakulti) ini terletak di bumi kelahiran mak dan ayah aku, mereka pun beriya-iya suruh aku belajar kat sana. aku pun ikut lah. nak bantah apa lagi. dah la result teruk, kalau bantah nanti ada yang kena maki dengan Pak Ali. Yang tak tahan nya, pak ali, aku dan mak milah boleh sesat di bumi melaka gara-gara cari alamat Bandar Vendor, tempat lokasi UniKL MICET. nama saja orang Hang Tuah. nasib baik tak jadi Hang Buah atau Hang Kuah atau Hang Muah.

Bila dah sah aku menjadi mahasiswa UniKL MICET, aku pun mula la menjalani kehidupan seorang mahasiswa yang bebas dari pandangan pak ali dan mak milah serta yang mahu mengenal erti keseronokan.

sekian part 1
akan disambung part 2 selepas ini..
rehat sebentar, sakit pinggang..

salam

1 comment:

ania haqita said...

Hi.. saya bakal intake june 2015 in diploma chemical engineering environment .. sy nak tanya dekat sana lecturer mengajar memang fully english ke?