hari ini lain macam sikit, cakaran aku mengimbau kenangan 8 tahun yang lalu ketika jadi budak bodoh di sekolah. Agak lama untuk aku mengambil masa untuk mencakar berkaitan hal ini tetapi ada seorang mangkuk ni (kawan baik aku) tiba-tiba bagi aku semangat. terima kasih la beb. patut lah mak milah sayang kau lebih. haha. bila dia bagitau je "something" tu, jantung aku dah berderau, laju jangan cakap la. kalau boleh dah sama dengan cheetah nya jantung. peluh tiba-tiba, memang tak tentu arah dibuatnya. duduk tak kena, baring pun tak kena, mencangkung lagi la, lain yang kena, aduh. ini kes gila beb.
senang cerita, hari ini, aku bercakar bukan kerna sesiapa tapi khas untuk FiFi Azura @ aruza @ F.azura. nama diberi sangat cantik sama dengan wajah dicipta. bergigi agak tajam tapi itu part yang aku paling suka bila tengok dia kat sekolah dulu. mata sangat cantik ikut mata ayahnya (sumber dari chentafifi). kulit agak putih tapi lebih ke pada sawo matang rasenya, biasa lah kulit wanita melayu, cantik dipandang. ketinggian? sama je kot dengan ketinggian aku. berat? hahaha, 8 tahun lepas taklah besar mana, bagi aku nice la. tapi kenapa orang panggil dia chubby dulu? (aku yang panggil). hahaha. itu 8 tahun yang lepas punya cerita. sekarang? aku pun tak pernah jumpa. huhuhu.
kali pertama aku kenal fifi azura ni bila kawan sekelas aku bagitau ada budak junior robohkan meja dalam kelas. kalau tak silap aku masa tu kelas prep waktu petang. aku pun pergi la ke kelas junior tu. dalam hati, gemok sangat ke budak perempuan ni sampai roboh meja dikerja kan.hahaha. masuk je kelas junior-junior tengah tergelak ramai-ramai. mungkin pasal meja kot. bila diberitahu si mata cantik gigi tajam itu lah fifi azura aku agak hairan. (dalam hati: takda lah gemok pun minah ni..nice-nice je). apa lagi. aku pun berambus la. takda kerja aku nak lepak lama-lama. tapi kan hari ini aku dah kenal dengan seorang minah yang comel yang menjahanamkan meja sekolah. ganas jugak minah tu. tengok gigi macam dracula tapi itu la yang aku suka.
"ulat bulu dah naik daun". aku pun mula la berkawan dengan fifi azura. Dia baik + ganas + nakal = aku suka.
hahaha. selalu je dating dengan fifi bila habis waktu kelas atau prep. dah berapa kali kene tangkap dengan ustaz nawawi pun aku tak tahu la. nasib baik la ustaz tu member se pe mancing Pak Ali. tapi aku rasa fifi mesti ingat dengan seorang Pak cik guard yang selalu je kacau aku dengan fifi berdating, tapi tak pernah kantoi lagi la dengan pak cik tu, walaupun malam terakhir dia hidup, dia masih nak kantoikan aku dengan fifi berdating. tapi malang nya, umur nya tidak panjang. pulang dari tugas pakcik guard tu kemalangan dan meninggal. aku dengar pun terkejut, kesian. al-fatihah. bila aku dengan fifi nak dating je mesti takut, manalah tau tiba-tiba muncul jelmaan pak cik guard yang dah meninggal tu ke. mahu sampuk aku dengan fifi. lama juga aku tak berdate. huhu. rindu.
dulu aku tak paham dengan fifi ni, ada je problem bila aku dengan dia. kejap suka kejap tak suka. tapi aku maintain suka. haha. puas juga nak pujuk hati minah ni. macam-macam airul affendi kena buat. bagi printed lirik lagu (kalau tak salah: still loving you) masa ada cikgu tengah mengajar dalam kelas fifi. hati mahu kering beb.hahaha. main gitar masa call lagu "right here waiting" (padahal aku tahu main lagu tu je yang lain tak tahu) tapi fifi ni sangat baik, cuma dia bukan jenis yang nak menunjukkan kasih sayang dia pada seseorang. baru sekarang aku paham, dulu aku agak lampi.budusssss...
Bila aku nak exam PMR, hari terakhir sebelum exam PMR bermula, fifi ni lah teman aku lepak dan study (banyak dating dari study), aku nak demam la apa la. padahal ngada-ngada je. selalu jugak main conteng-conteng kat meja sekolah. kelakar. habis hitam meja. tapi bila habis je SPM, aku dah tak jumpa fifi lagi. masing-masing ada haluan sendiri. tapi aku masih teringat kat dia. dulu slalu juga tengok dia kat friendster. walaupun tak add. selalu stalker kat fb die. nampak gambar die masuk wad, operate apa tah. rasa macam nak melawat. tapi apa takda. no Hp? alamat? huhu. diam je la. lagi pun dah ada orang yang lebih ambil berat pasal dia. kita just pandang dari jauh pun dah ok. selalu baca blog dia yang sangat comel macam tuanya. tapi baru semalam 22 november 2010 aku add fifi azura di fb. itu pun sebab mangkuk (kawan baik aku suruh). atas alasan "wei kecik!!! fifi azura single!!!!"
tapi kan, bila masa berlalu, aku dah lama tak jumpa dengan fifi azura nie sebenarnya, rasanya hampir 6 tahun. lamanya fifi azura kita tak bersua muka. dah lama saya tak tengok gigi awak yang saya penah suka suatu ketika dulu, saya marah bila orang panggil awak gemok, tapi saya panggil awak chubby (sama ke maksud)
"chubby is sexy". saya selalu cemburu bila awak borak dengan mukram, padahal mukram kawan saya, saya rasa cam awak lebih sukakan mukram dari saya. hahahah
kad-kad yang pemberian fifi azura yang masih saya simpan :p
FIFI AZURA, dulu saya selalu tengok muka FAZURA artis pelakon tu, bagi saya, gigi dia macam gigi awak.
FIFI AZURA, saya tanya pasal awak via fifi Jusoh
FIFI AZURA, suatu hari nanti saya harap dapat tengok gigi dan mata awak
FIFI AZURA, awak memang best
FIFI AZURA, saya nak berhubung dengan awak semula
dah la, aku bercakar hanya untuk mengimbau kenangan lama. fifi jangan marah!!!
( aku tulis ni sambil tergelak dan ada air kat tepi mata).
P/S: FIFI AZURA, kalau awak x suka atau marah atau kurang selesa dengan blog ni..sila bagitau saya, nanti saya akan delete. ok?
=)
8 comments:
Pergi la berterus terang kalau dah suka.....
hahahahahha... giler weyh ko!!
hahaha...
funny222...
sye tak sangka sye bag kad tu kat awak...
puppy love..;)
haha...nie smua kenangan...
just simpan kad tu..
sje...ble dah 6 tahun tgok smula tergelak sorg2...
pika...ape y giler nye...
ko y wat aku jd giler ptg smlm..
hahaha..thanx =)
i likeee ;)
thanx =)
hahaha....
Post a Comment