Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan

Monday, November 22, 2010

~KEMBALI~

salam,

       agak lama aku tidak bercakar dihalaman ini kerana sibuk dengan hari-hari terakhir sebagai seorang mahasiswa. siapkan segala project dan research untuk complete kan segulung ijazah, banyak masa aku telah dihabiskan dengan kerja-kerja thesis, presentation, project design dan lain-lain hal. alhamdulillah, semua sudah selesai. final exam untuk terakhir kali menjadi seorang mahsiswa pun telah aku jawab walaupun semester ini cuma ada 3 paper. cuma ada beberapa urusan yang masih tertangguh. mungkin lagi 2 minggu aku akan kembali ke bumi melaka bumi yang banyak mengajar aku erti kehidupan. suka - duka pahit - maung kawan - lawan menang - kalah dan hidup - mati.


    
 sudah 1 minggu aku kembali bersarang di rumah pahang merehatkan segala penat lelah letih dan sesak ketika berhempas pulas menjalankan tanggungjawab. kini aku mula menghitung akan perjalanan seterusnya dialam kehidupan yang lebih mencabar. namun, ada beberapa tanggungjawab yang aku dan rakan-rakan perlu teruskan kerana perjuangan adalah pertuturan yang dizahirkan melalui perbuatan.

     selama hampir 6 tahun aku di bumi melaka, terlalu banyak kenangan jika ingin dikongsi di halaman ini. baik suka dan duka akan aku cuba mencakar satu persatu untuk perkongsian bersama.

ini permulaan selepas sejenak berdiam diri mengikat jari....

salam

1 comment:

Anonymous said...

How to play baccarat, learn how to play the game of
Here is a quick explanation of how to play baccarat, learn how to play, and learn how to win when playing baccarat 바카라 사이트 벳무브 online.