salam,
awal-awal pagi lagi aku telah bangun. jarang waktu-waktu di rumah ni aku bangun awal. tetapi, selepas diberi tugasan oleh Mak Milah, aku dikehendaki menjemput anak perempuannya serta kereta di Batu Gajah, perak hari ini. cabaran bermula pada jam 8.30 di Bandar Temerloh menaiki bas ke Kuala Lumpur. dalam bas aku tidur je. sampai KL, aku terus ke KL central untuk membeli tiket train ke perak.
bukan tak nak naik bas ke perak tapi nak rasa pengalaman baru naik train ETS (electric train service) yang agak baru dilancarkan. heboh aku dengar tak sampai 2 jam perjalanan dari KL ke Ipoh kalau naik ETS ni. nak la try jugak. tak dapat naik bullet train, naik ETS pun jadi lah. sampai di kaunter tiket jam tepat 11.15 pagi dengan harapan ada tiket jam 11.30 pagi sebab aku dah tengok jadual train ETS ke ipoh semalam. bila ditanya, train paling awal jam 2.00 petang. huh!!!.lama gila nak tggu. takpa lah. janji boleh sampai perak. sambil menunggu aku pergi melihat buku-buku di pameran kat tingkat 1. aku nak beli 2 buah buku. tapi budget kurang. sengket. dapat beli 1 je. ok la tu.
naik je train, aku apa lagi, terus membaca buku yang aku beli tadi. "Pemerintahan Mahathir-prestasi dan krisis dalam pemerintahan". aku ni memang agak suka baca buku bersifat begini. tambahan pula buku pasal Tun Dr. Mahathir, Mantan PM Malaysia. Bagi aku dia seorang yang sangat bijak dan "ultra Malay". pernah mengungkap perkataan "Alma Mater" yang meresap dalam jiwa aku. sesiapa yang tidak tahu maksud dan konsep alma mater sila rujuk pada kamus. aku pernah bercakap mengenai ia suatu ketika dahulu. Lagi 1 buku yang aku nak beli tapi tak kesampaian adalah "Survival and Challenge-Tun Abdullah Badawi". kalau aku ade duit lebih nanti aku cari lah buku tu.
Jam 4 petang aku tiba di station Batu Gajah, si kapan & puan sonia tak dapat datang lepak dengan aku. si kapan lesen kereta nya mampus. Puan sonia pula ada kerja. takpa lah. ada rezeki jumpa lagi. adik aku pun sampai menaiki Baby Blue. aku ambil alih sebagai pemandu. dari Gopeng hingga ke Sungkai hujan turun sangat lebat. aku sempat singgah di tapah beli dunkin donuts. perjalanan diteruskan sebab tak nak sampai rumah lewat jam 12. perut berbunyi dek bau donuts yang enak. masuk je jajahan pahang, aku pandu laju pulak mcd. bertambah aroma dalam Baby Blue.
akhir nya sampai di rumah Pak Ali & Mak Milah jam 10.50 malam. makan pun dah tak selera. tapi aku suruh adik aku lepak kang sambal udang yang mak milah masak dalam peti. besok aku nak makan. masa aku cakar halaman ni. aku tengah makan mcd.hahaha...
p/s : kapan sila kumpul cerita, jumpa di gunung ledang.
: puan sonia (rakan sekelas masa sekolah rendah), ada rezeki kita jumpa ya. mungkin masa ko timang cahaya mata. cepat-cepat buat anak wey.
Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan
Saturday, November 27, 2010
Friday, November 26, 2010
~Jika kita seorang "orang"~
perlu ingat siapa kita. janganlah kita menderhaka kepada kedua ibu dan bapa. jangan sekali-kali berkata "ah" kepada mereka. akan menyesal hingga hujung nyawa jika air mata kesedihan mereka menyentuh bumi kerana dosa-dosa yang kita lakukan. cium lah pipi mereka, pimpin lah tangan mereka. doakan kesejahteraan dan kebahagian untuk mereka. "kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya".
Jika kita seorang pelajar,
perlu ingat siapa kita. "belajar terus belajar". janganlah kita malas menuntut ilmu kerana ia adalah cahaya di dalam kehidupan di dunia malah di akhirat. ilmu penentu hina mulia nya kita. ada ilmu segala perjuangan dapat diraih, dapat digapai, dan dapat digengam. tuntutlah ilmu. jangan lah kita sia-sia kan peluang yang terbentang luas untuk mencedok seberapa banyak ilmu dengan keseronokan semata-mata. si ibu dan bapa di desa penuh harapan menanti kepulangan anaknya dengan segulung kejayaan. jangan lah kita lupa akan pesan mereka dek kerana sibuk dengan khayalan. Ilmu penentu agama bangsa dan negara.
Jika kita seorang pendidik,
perlu ingat siapa kita. amanat besar dari harapan setiap insan. ajar lah mereka, didik lah mereka agar menjadi manusia yang berjaya dan "berguna". jangan sesekali kita cuba nodai nama Pendidik & Pengajar. rayuan dari semua, janganlah menjadikan bidang pendidikan sebagai lubuk mencari rezeki semata- mata, jadikan ia sebagai padang untuk mencurahkan benih ilmu kepada anak bangsa. pantang ada yang mencabuli erti "memberi ilmu".tempat ini untuk si mulia sahaja tiada ruang untuk pendusta.
Jika kita seorang teman,
perlu ingat siapa kita. anugerah dari nya adalah persabahatan yang ikhlas dan niat suci kerana ilahi. jangan kita rosakkan erti sebuah persahabatan dengan fitnah, hasad dengki, cemburu dan bertikam. tiada erti maaf dan terima kasih dalam persahabatan kerana ia ada di sudut hati masing-masing. bila dia sedih, kita adalah kegembiraannya. bila dia gembira, kita ada untuk meraikan bersama-sama. kekalkan ia sampai hujung nyawa.
jika aku seorang ......
p/s: telinga yang paling hampir mendengar adalah telinga sendiri yang terlekat di sisi kepala.
Wednesday, November 24, 2010
Prolapsed Intervertebral Disc
lama rasanya menunggu 20 DISEMBER. Duduk rumah menjadikan aku semakin kurang sihat. Bangun pagi mak milah dah sediakan breakfast, tunggu nak masuk dalam mulut je. makan tengah hari lauk sedap-sedap. makan malam ada lagi tambahan lauk lepas tu pergi gerai burger beli makan lagi. lapar je g jenguk kat dapur buka peti sejuk adalah yang akan dikunyah. Bersenam? bersukan? Rugby? huhu. memang tak pernah buat pun bila kat rumah mak. asyik terperap dalam bilik menghadap laptop sambil bersila atas katil. kehidupan yang betul-betul kurang sihat.
sejak 3 hari lepas, aku mula rasa sakit-sakit dekat Lumbar ni. mungkin postur aku duduk menghadap laptop ni agak kurang betul. lagi pun aku pun dah lama tak ketemu Dr. Ravi di Putra Specialist tu. hampir setahun gak tak serahkan tulang aku kat dia. atas alasan, "malas la. nak buat apa lagi, dah tentu kene operation". sejak aku dapat penyakit "prolapsed intervertebral disc" (PID), memang aku asyik mengelak je bila doctor suruh jalani pembedahan. bukan apa, aku tak nak extend study. itu je. dulu rajin juga buat physiotherapy. setiap minggu muka aku ada kat HUKM, lama-lama bosan gila aku kat sana. dah la kene berulang jauh dari melaka ke cheras.
walaupun aku ada PID, aku ni tetap nak jadi macam orang normal yang lain. lagi advance pun ada. aku tetap main rugby. kene pijak kene tackle, kene humban tu semua dah jadi biasa bagi aku. lagi satu, aku panjat gunung. bawa beg besar, kadang-kadang beg hampir sama tinggi dengan tuan. haha. berjalan 4 ke 5 jam. memang seronok. tapi kan, aku rasa PID aku dah makin teruk. kaki dah tak berapa nak betul.
apa perlu aku buat sekarang? makan ubat dah tak guna. berhenti aktiviti-aktiviti lasak? oh tak mungkin. itu semua nyawa aku. operation? operation? operation?gila wey kalau aku fikir.
p/s:
kawan-kawan aku yang bakal jadi doktor, sila la tamatkan pengajian dengan cepat. aku nak korang semua yang operate tulang belakang aku nanti
.
Bengong sebentar
Tuesday, November 23, 2010
~Khas untuk FIFI AZURA~
hello,
hari ini lain macam sikit, cakaran aku mengimbau kenangan 8 tahun yang lalu ketika jadi budak bodoh di sekolah. Agak lama untuk aku mengambil masa untuk mencakar berkaitan hal ini tetapi ada seorang mangkuk ni (kawan baik aku) tiba-tiba bagi aku semangat. terima kasih la beb. patut lah mak milah sayang kau lebih. haha. bila dia bagitau je "something" tu, jantung aku dah berderau, laju jangan cakap la. kalau boleh dah sama dengan cheetah nya jantung. peluh tiba-tiba, memang tak tentu arah dibuatnya. duduk tak kena, baring pun tak kena, mencangkung lagi la, lain yang kena, aduh. ini kes gila beb.
senang cerita, hari ini, aku bercakar bukan kerna sesiapa tapi khas untuk FiFi Azura @ aruza @ F.azura. nama diberi sangat cantik sama dengan wajah dicipta. bergigi agak tajam tapi itu part yang aku paling suka bila tengok dia kat sekolah dulu. mata sangat cantik ikut mata ayahnya (sumber dari chentafifi). kulit agak putih tapi lebih ke pada sawo matang rasenya, biasa lah kulit wanita melayu, cantik dipandang. ketinggian? sama je kot dengan ketinggian aku. berat? hahaha, 8 tahun lepas taklah besar mana, bagi aku nice la. tapi kenapa orang panggil dia chubby dulu? (aku yang panggil). hahaha. itu 8 tahun yang lepas punya cerita. sekarang? aku pun tak pernah jumpa. huhuhu.
kali pertama aku kenal fifi azura ni bila kawan sekelas aku bagitau ada budak junior robohkan meja dalam kelas. kalau tak silap aku masa tu kelas prep waktu petang. aku pun pergi la ke kelas junior tu. dalam hati, gemok sangat ke budak perempuan ni sampai roboh meja dikerja kan.hahaha. masuk je kelas junior-junior tengah tergelak ramai-ramai. mungkin pasal meja kot. bila diberitahu si mata cantik gigi tajam itu lah fifi azura aku agak hairan. (dalam hati: takda lah gemok pun minah ni..nice-nice je). apa lagi. aku pun berambus la. takda kerja aku nak lepak lama-lama. tapi kan hari ini aku dah kenal dengan seorang minah yang comel yang menjahanamkan meja sekolah. ganas jugak minah tu. tengok gigi macam dracula tapi itu la yang aku suka.
"ulat bulu dah naik daun". aku pun mula la berkawan dengan fifi azura. Dia baik + ganas + nakal = aku suka.
hahaha. selalu je dating dengan fifi bila habis waktu kelas atau prep. dah berapa kali kene tangkap dengan ustaz nawawi pun aku tak tahu la. nasib baik la ustaz tu member se pe mancing Pak Ali. tapi aku rasa fifi mesti ingat dengan seorang Pak cik guard yang selalu je kacau aku dengan fifi berdating, tapi tak pernah kantoi lagi la dengan pak cik tu, walaupun malam terakhir dia hidup, dia masih nak kantoikan aku dengan fifi berdating. tapi malang nya, umur nya tidak panjang. pulang dari tugas pakcik guard tu kemalangan dan meninggal. aku dengar pun terkejut, kesian. al-fatihah. bila aku dengan fifi nak dating je mesti takut, manalah tau tiba-tiba muncul jelmaan pak cik guard yang dah meninggal tu ke. mahu sampuk aku dengan fifi. lama juga aku tak berdate. huhu. rindu.
dulu aku tak paham dengan fifi ni, ada je problem bila aku dengan dia. kejap suka kejap tak suka. tapi aku maintain suka. haha. puas juga nak pujuk hati minah ni. macam-macam airul affendi kena buat. bagi printed lirik lagu (kalau tak salah: still loving you) masa ada cikgu tengah mengajar dalam kelas fifi. hati mahu kering beb.hahaha. main gitar masa call lagu "right here waiting" (padahal aku tahu main lagu tu je yang lain tak tahu) tapi fifi ni sangat baik, cuma dia bukan jenis yang nak menunjukkan kasih sayang dia pada seseorang. baru sekarang aku paham, dulu aku agak lampi.budusssss...
Bila aku nak exam PMR, hari terakhir sebelum exam PMR bermula, fifi ni lah teman aku lepak dan study (banyak dating dari study), aku nak demam la apa la. padahal ngada-ngada je. selalu jugak main conteng-conteng kat meja sekolah. kelakar. habis hitam meja. tapi bila habis je SPM, aku dah tak jumpa fifi lagi. masing-masing ada haluan sendiri. tapi aku masih teringat kat dia. dulu slalu juga tengok dia kat friendster. walaupun tak add. selalu stalker kat fb die. nampak gambar die masuk wad, operate apa tah. rasa macam nak melawat. tapi apa takda. no Hp? alamat? huhu. diam je la. lagi pun dah ada orang yang lebih ambil berat pasal dia. kita just pandang dari jauh pun dah ok. selalu baca blog dia yang sangat comel macam tuanya. tapi baru semalam 22 november 2010 aku add fifi azura di fb. itu pun sebab mangkuk (kawan baik aku suruh). atas alasan "wei kecik!!! fifi azura single!!!!"
tapi kan, bila masa berlalu, aku dah lama tak jumpa dengan fifi azura nie sebenarnya, rasanya hampir 6 tahun. lamanya fifi azura kita tak bersua muka. dah lama saya tak tengok gigi awak yang saya penah suka suatu ketika dulu, saya marah bila orang panggil awak gemok, tapi saya panggil awak chubby (sama ke maksud)
"chubby is sexy". saya selalu cemburu bila awak borak dengan mukram, padahal mukram kawan saya, saya rasa cam awak lebih sukakan mukram dari saya. hahahah
FIFI AZURA, dulu saya selalu tengok muka FAZURA artis pelakon tu, bagi saya, gigi dia macam gigi awak.
FIFI AZURA, saya tanya pasal awak via fifi Jusoh
FIFI AZURA, suatu hari nanti saya harap dapat tengok gigi dan mata awak
FIFI AZURA, awak memang best
FIFI AZURA, saya nak berhubung dengan awak semula
dah la, aku bercakar hanya untuk mengimbau kenangan lama. fifi jangan marah!!!
( aku tulis ni sambil tergelak dan ada air kat tepi mata).
P/S: FIFI AZURA, kalau awak x suka atau marah atau kurang selesa dengan blog ni..sila bagitau saya, nanti saya akan delete. ok?
=)

kad-kad yang pemberian fifi azura yang masih saya simpan :p
FIFI AZURA, dulu saya selalu tengok muka FAZURA artis pelakon tu, bagi saya, gigi dia macam gigi awak.
FIFI AZURA, saya tanya pasal awak via fifi Jusoh
FIFI AZURA, suatu hari nanti saya harap dapat tengok gigi dan mata awak
FIFI AZURA, awak memang best
FIFI AZURA, saya nak berhubung dengan awak semula
dah la, aku bercakar hanya untuk mengimbau kenangan lama. fifi jangan marah!!!
( aku tulis ni sambil tergelak dan ada air kat tepi mata).
P/S: FIFI AZURA, kalau awak x suka atau marah atau kurang selesa dengan blog ni..sila bagitau saya, nanti saya akan delete. ok?
=)
~Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology~ Part 3
hello...
hari ini aku marathon mencakar di halaman ni. sebabnya, dah lama aku sangap nak menulis. janji aku puas. ini kisah part 3 cerita masa degree. lagi banyak kisah. aku lepas habis je semester 5 diploma dapat tempat praktikal kat Klang, bandar yang penuh dengan kesesakan jalan raya. sangat menyakitkan hati dan kaki aku tekan pedal time memandu. masa tu, rasa macam seronok jugak la sebabnya tak payah menghadap buku, pergi kerja dan balik kerja. terdetik dalam hati ini macam tak mahu sambung belajar, sambung degree. tapi lama kelamaan, tak boleh jadi, aku mesti sambung degree sebabnya ilmu aku masih tak cukup, macam mana nak dapat gaji 3K keatas.
senang kerja, call MICET, "encik, saya airul affendi, pelajar micet sedang menjalani latihan industri, macam mana saya nak apply untuk kemasukan degree erk?" perempuan yang jawab "owh...sonang ajo, awak amek borang kat micet, anta copet-copet dongan document yang longkap"(loghat N.9. settle kerja aku. tak perlu fikir nak apply mana-mana ITP lain. alasan aku, MICET is the best chemical engineering university.
aku pun kumpul kan bala tentera untuk bersama-sama berperang dalam degree chemical engineering ni. dengar chemical jer semua macam nak lari. biar betul ambil degree chemical engineering. susah wo...( padahal tak da la susah mana pun). semua bala tentera pun berjuang la bersama aku, tapi ada jugak kawan-kawan aku yang terus kerja, sambung degree di oversea macam adam, andi, mimie, farahah dan ramai lagi. bangga siut aku dengan diorang.
sem 1 je aku dah study agak pulun, susah aku rasa. bayangkan, masa diploma dulu, quiz dan test jarang study, malam final exam baru bukak note, tapi alhamdulillah la semua nya ok. tapi bila masuk degree, tak dapat ceit. haram. quiz pun aku study seminggu awal.haha. itu perubahan dari segi pelajaran la. tapi result cukup-cukup makan je.haha. terima kasih pada rakan-rakan yang banyak membantu aku. memang ramai beb. tak tertulis aku ni.
tapi masa degree ni la aku baru betul-betul belajar erti sebuah kehidupan. macam-macam dugaan dan halangan aku tempuh. semua tu aku jadikan pengalaman untuk aku teruskan perjalan hidup ini. aku berterima kasih pada kawan-kawan seperti Budak-budak Jalan Kemus (now dah tukar name, the jaties), kawan sekelas, kawan se padang, kawan se gunung. banyak perubahan aku lalui masa aku ambil degree.
Perubahan pertama
aku bukan lagi footballer
gila tak? dulu dari kecik aku main bola bulat tu sampai patah-patah tangan kaki semua ada. tapi tiba-tiba je aku stop dan berubah angin. aku mula bergomol diatas padang dengan bola lonjong. hahaha. aku mula main rugby. best gila. aku tak tipu. makin hari aku makin ketagih main rugby. sanggup ponteng kelas english communication sebab nak main rugby. si mangkuk john la yang banyak hasut dan ajar aku. terima kasih pada rakan-rakan sepadang, john, black, ammar, bobby, kocey, jono, qimi, yap, pokbe, zoro, najib, azim, nash, ciwan, adib, ramai lagi la. to all Mr. Crab Rugby Club. you are the man. gila seronok main rugby sebab aku diajar bermain untuk enjoy bukan bermain untuk menang. dapat main dengan team singapore aku tak boleh lupa. kocey speaking bro dalam padang. "watch your leg". ayat ni aku akan ingat sampai bile-bile. tapi sebenarnya, rugby mengajar aku apa itu erti "brotherhood". kalah menang tidak penting. tapi team come 1st.
perubahan kedua
aku panjat gunung
aku memang agak lasak, tapi tak pernah pulak rasa nak join aktiviti panjat gunung ni. lakhanat john ajak aku naik gunung ledang bulan 12 tahun lepas kalau tak salah aku. fuyo, takkan lah 1st gunung aku panjat gunung ledang? dasyat. tak pe. layan. aku pun join la. bila sampai sana. ianya bukan memanjat gunung semata-mata. aku mula buka mata, cuci telinga dan bersihkan otak. aku berjumpa dengan orang melayu yang jarang aku lihat dimuke bumi allah ini. lanun 8410, lanun 9836, lanun 9835, dan ramai lagi la. diorang ni sangat pelik tapi sangat bagus. bab ni aku akan cerita kan dilain cakaran. kalau nak tau, jom ikut aku naik gunung ledang bulan 12 ni. pasti puas.
perubahan ketiga
belajar duduk umah sewa
memang dah target bila masuk degree mesti kene halau dari hostel. aku pun menyewa lah kat A famosa resort. gila gempak. student universiti duduk kondo. masa ini, semua nya indah, mewah, agung, dan tinggi. biasalah duduk tingkat 18 kondo d'savvoy. memang terbaik kondo tu. puas hati, enjoy dengan housemate. tapi keindahan tidak kekal lama. aku mula terjerat dalam kemewahan.hahaha. tak mampu nak bayar lagi untuk tahun berikutnya menyebabkan aku dan kawan-kawan berpindah ke Vila Jati (taman Jati je). kat sini semua serba kekurangan. dulu kat a famosa tidur dengan tilam empuk. hari pertama aku pindah taman jati aku tidur atas kotak dicelah-celah beg. hahaha.pengalaman. tapi kenangan yang tercipta di taman jati lebih bermakna.
hurm, aku pun dah hampir tamat belajar di MICET, perasaan sayang makin menebal. nak berpisah dengan kawan-kawan nie jangan cakap la. hati memang 100% tak mahu. tapi perjalanan masih jauh dengan haluan dan impian masing-masing perlu digapai. apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuk rakan-rakan serta pensyarah di UniKL MICET.
cuma ingat ayat ini
"aku akan kembali"
sayonara
hari ini aku marathon mencakar di halaman ni. sebabnya, dah lama aku sangap nak menulis. janji aku puas. ini kisah part 3 cerita masa degree. lagi banyak kisah. aku lepas habis je semester 5 diploma dapat tempat praktikal kat Klang, bandar yang penuh dengan kesesakan jalan raya. sangat menyakitkan hati dan kaki aku tekan pedal time memandu. masa tu, rasa macam seronok jugak la sebabnya tak payah menghadap buku, pergi kerja dan balik kerja. terdetik dalam hati ini macam tak mahu sambung belajar, sambung degree. tapi lama kelamaan, tak boleh jadi, aku mesti sambung degree sebabnya ilmu aku masih tak cukup, macam mana nak dapat gaji 3K keatas.
me, dr robert thomas n zul |
jejaka macho kelas aku |
senang kerja, call MICET, "encik, saya airul affendi, pelajar micet sedang menjalani latihan industri, macam mana saya nak apply untuk kemasukan degree erk?" perempuan yang jawab "owh...sonang ajo, awak amek borang kat micet, anta copet-copet dongan document yang longkap"(loghat N.9. settle kerja aku. tak perlu fikir nak apply mana-mana ITP lain. alasan aku, MICET is the best chemical engineering university.
aku pun kumpul kan bala tentera untuk bersama-sama berperang dalam degree chemical engineering ni. dengar chemical jer semua macam nak lari. biar betul ambil degree chemical engineering. susah wo...( padahal tak da la susah mana pun). semua bala tentera pun berjuang la bersama aku, tapi ada jugak kawan-kawan aku yang terus kerja, sambung degree di oversea macam adam, andi, mimie, farahah dan ramai lagi. bangga siut aku dengan diorang.
berjimba bersama rakan sekelas |
tasek bera-research apa tah. lupa la |
kurik icon |
tapi masa degree ni la aku baru betul-betul belajar erti sebuah kehidupan. macam-macam dugaan dan halangan aku tempuh. semua tu aku jadikan pengalaman untuk aku teruskan perjalan hidup ini. aku berterima kasih pada kawan-kawan seperti Budak-budak Jalan Kemus (now dah tukar name, the jaties), kawan sekelas, kawan se padang, kawan se gunung. banyak perubahan aku lalui masa aku ambil degree.
Perubahan pertama
aku bukan lagi footballer
gila tak? dulu dari kecik aku main bola bulat tu sampai patah-patah tangan kaki semua ada. tapi tiba-tiba je aku stop dan berubah angin. aku mula bergomol diatas padang dengan bola lonjong. hahaha. aku mula main rugby. best gila. aku tak tipu. makin hari aku makin ketagih main rugby. sanggup ponteng kelas english communication sebab nak main rugby. si mangkuk john la yang banyak hasut dan ajar aku. terima kasih pada rakan-rakan sepadang, john, black, ammar, bobby, kocey, jono, qimi, yap, pokbe, zoro, najib, azim, nash, ciwan, adib, ramai lagi la. to all Mr. Crab Rugby Club. you are the man. gila seronok main rugby sebab aku diajar bermain untuk enjoy bukan bermain untuk menang. dapat main dengan team singapore aku tak boleh lupa. kocey speaking bro dalam padang. "watch your leg". ayat ni aku akan ingat sampai bile-bile. tapi sebenarnya, rugby mengajar aku apa itu erti "brotherhood". kalah menang tidak penting. tapi team come 1st.
aku |
ciwan 7 n me 17 vs uitm |
aku panjat gunung
aku memang agak lasak, tapi tak pernah pulak rasa nak join aktiviti panjat gunung ni. lakhanat john ajak aku naik gunung ledang bulan 12 tahun lepas kalau tak salah aku. fuyo, takkan lah 1st gunung aku panjat gunung ledang? dasyat. tak pe. layan. aku pun join la. bila sampai sana. ianya bukan memanjat gunung semata-mata. aku mula buka mata, cuci telinga dan bersihkan otak. aku berjumpa dengan orang melayu yang jarang aku lihat dimuke bumi allah ini. lanun 8410, lanun 9836, lanun 9835, dan ramai lagi la. diorang ni sangat pelik tapi sangat bagus. bab ni aku akan cerita kan dilain cakaran. kalau nak tau, jom ikut aku naik gunung ledang bulan 12 ni. pasti puas.
di puncak |
belajar duduk umah sewa
memang dah target bila masuk degree mesti kene halau dari hostel. aku pun menyewa lah kat A famosa resort. gila gempak. student universiti duduk kondo. masa ini, semua nya indah, mewah, agung, dan tinggi. biasalah duduk tingkat 18 kondo d'savvoy. memang terbaik kondo tu. puas hati, enjoy dengan housemate. tapi keindahan tidak kekal lama. aku mula terjerat dalam kemewahan.hahaha. tak mampu nak bayar lagi untuk tahun berikutnya menyebabkan aku dan kawan-kawan berpindah ke Vila Jati (taman Jati je). kat sini semua serba kekurangan. dulu kat a famosa tidur dengan tilam empuk. hari pertama aku pindah taman jati aku tidur atas kotak dicelah-celah beg. hahaha.pengalaman. tapi kenangan yang tercipta di taman jati lebih bermakna.
hurm, aku pun dah hampir tamat belajar di MICET, perasaan sayang makin menebal. nak berpisah dengan kawan-kawan nie jangan cakap la. hati memang 100% tak mahu. tapi perjalanan masih jauh dengan haluan dan impian masing-masing perlu digapai. apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuk rakan-rakan serta pensyarah di UniKL MICET.
cuma ingat ayat ini
"aku akan kembali"
Monday, November 22, 2010
~Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology~ Part 2
hello....
Kehidupan sebagai seorang pelajar atau mahasiswa memang saat paling best. Betul ke tidak? confirm 100% betul la. apa tak nya, enjoy memanjang. duit MARA bagi, kawan-kawan ramai, banyak gelak ketawa, boleh main rugby puas-puas. kalau dah mula kerja, semuanya limited, masa dan tenaga dah tentu limited. duit? tak pasti lagi.
Bila aku masuk diploma dulu, mula-mula rasa sunyi juga. kawan-kawan masih tak kenal. kawan-kawan dari sekolah sama pun tak ada. roomate pertama aku masa kat hostel al-razi adalah syamir fauzi @ g-topup, Anuar zain @ nuar mache, dan hanis. mula-mula masuk aku macam biasa lah berkawan dengan sesiapa pun. asal jumpa orang mula lah nak tegur, lama-lama jadi kawan. hidup ini tak boleh sombong dan kene lah cepat sesuaikan diri dengan keadaan. lepas tu mula berkawan dengan angah, arab, arip, kedah dan jono. ha..ini 5 orang mangkuk memang true friend la. dari start diploma memang kami bersama. banyak peristiwa kelakar.
Jono: kenangan beli nasi lemak kukus naik motor EX5 aku time bulan puasa, sambal tumpah dalam box.
arab: hari-hari aku kene tipu dengan lakhanat ni. tapi paling best bila bulan puasa akan berkonvoi beramai-
ke masjid klebang sebab bapak dia akan buat jamuan berbuka setiap 21 ramadhan.
arip: dia ni agak sebal tapi sangat pandai, dua hari tak tidur main game football manager dengan aku
kedah: marathon full house movie 18 jam. lagi 1 kenangan cermin pecah berderai darah memancut.
angah: orang tua ni la yang bagi nama "kechik" kat aku. masa turun latihan bola sepak semester 1
masa diploma aku banyak habiskan dengan bergembira, jalan sana, jalan sini, dengan budak-budak kelas dan kawan-kawan lain. suraya, ina, dayana amirah, fawah, yang ni semua geng pompuan aku. kepala otak diorang memang best. layan. bila dengan budak kelas, teringat kat adam selebet, azim lakhanat, andy kanggaro, najib bobo, zul kapan. carolyn, mia cumil, ismahida, kak mas, ramai lagi la. maaf la kalau nama korang tidak ditulis, tetapi korang tetap ada dalam hati aku.
Belajar kat MICET memang bosan, aku benci gila, dengan subject yang aku rasa macam nak pecah kepala (padahal tak study). tapi semua tu 1 tahun pertama la. lepas tu aku mula rasa sayang gila kat MICET. sumpah sayang gila. Di MICET banyak aku didedahkan dengan praktikal @ hand on. memang berbaloi. tak tahu la dekat U lain. aku memang bersyukur kerana dapat menuntut ilmu kat MICET. "from zero to hero". cewah
terima kasih pada kawan-kawan seperjuangan ketika berada dipentas diploma. mimie, mahfus, saffuan, sudin, kupis, john, hazy, blur, pasangan nawar n wawa, atie. ni semua yang yang aku sempat tulis, yang tak sempat, jangan ingat aku dah lupa kan. tidak sama sekali. kalian tetap di hati dan dibibir aku.haha
selesai part 2
sebentar lagi part 3
part akhir (degree)
tunggu
Kehidupan sebagai seorang pelajar atau mahasiswa memang saat paling best. Betul ke tidak? confirm 100% betul la. apa tak nya, enjoy memanjang. duit MARA bagi, kawan-kawan ramai, banyak gelak ketawa, boleh main rugby puas-puas. kalau dah mula kerja, semuanya limited, masa dan tenaga dah tentu limited. duit? tak pasti lagi.
roomate sem 2 sampai sem 5 |
last overnight |
hahaha |
kelas huru hara |
arab: hari-hari aku kene tipu dengan lakhanat ni. tapi paling best bila bulan puasa akan berkonvoi beramai-
ke masjid klebang sebab bapak dia akan buat jamuan berbuka setiap 21 ramadhan.
arip: dia ni agak sebal tapi sangat pandai, dua hari tak tidur main game football manager dengan aku
kedah: marathon full house movie 18 jam. lagi 1 kenangan cermin pecah berderai darah memancut.
angah: orang tua ni la yang bagi nama "kechik" kat aku. masa turun latihan bola sepak semester 1
aku & apad. confirm apad xpenah tgok pic nie haha |
Prince & Princess ni time farewell |
berkumpul sebelum majlis berbuka |
ni semua bakal engineer |
selesai part 2
sebentar lagi part 3
part akhir (degree)
tunggu
~Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology~ Part 1
hello.....
hahaha, sebelum aku nak mulakan cakaran ini, aku dah mula gelak sendiri dalam bilik atas katil. rasa kelakar bila aku teringat kali pertama dapat lanjutkan pelajaran selepas SPM. tapi sebelum itu, dah berpuluh borang institusi pengajian aku isi, IPTA, IPTS, Kemahiran, macam-macam lagi sampai aku sendiri pun dah lupa. masa tu, aku taklah meletakkan harapan sangat nak masuk U. Maklum lah, result SPM hancuss...hanguss...mampuss.. mana tak nya, semua orang asyik compare result masa aku UPSR = 4A 1B, PMR=8A 1D, SPM= bungkuss... tengok muka mak ayah aku memang hampa la.silapnya dari diri aku sendiri. banyak main la.
Rasa-rasa nya dapat IPTA tak? UITM, UTM, UPM, U mana lagi kat Malaysia ini nak ambil aku jadi Mahasiswa beb? malu la diorang kalau ambil aku jadi mahasiswa. haram nak dapat la kalau result ibarat campak dalam longkang pun anjing tak mahu buat tempat buang najis. sungguh sedih nasib diri ini.Tapi ada satu universiti kat Malaysia ini, masih terima aku sebagai pelajar. padahal, mula nya aku sendiri tak kenal dan tak tau U ini wujud ke kat Malaysia. Siapa yang bongok sekarang, U ke aku?. dah tentu lah aku.
Univesiti Kuala Lumpur- Malaysian Institute of Chemical Engineering & Bioengineering Technology? Bunyi tak pernah dengar tapi macam dasyat jer. ini kalau cikgu zailani yang mengajar kimia dulu tahu, confirm 20 jari aku kerat kalau dia tak gelak kan aku. mana taknya, dulu aku la yang buat dia menangis dalam lab kimia tingkatan 5 sebab melawan cakap dia. ahh...apa yang dapat, aku sauk je la. kos yang ditawarkan, Chemical Engineering Technology in Environmental Engineering Technology, erk...apa ni beb? ini bidang apa ni? layan. huh.
Disebabkan MICET (singkatan untuk fakulti) ini terletak di bumi kelahiran mak dan ayah aku, mereka pun beriya-iya suruh aku belajar kat sana. aku pun ikut lah. nak bantah apa lagi. dah la result teruk, kalau bantah nanti ada yang kena maki dengan Pak Ali. Yang tak tahan nya, pak ali, aku dan mak milah boleh sesat di bumi melaka gara-gara cari alamat Bandar Vendor, tempat lokasi UniKL MICET. nama saja orang Hang Tuah. nasib baik tak jadi Hang Buah atau Hang Kuah atau Hang Muah.
Bila dah sah aku menjadi mahasiswa UniKL MICET, aku pun mula la menjalani kehidupan seorang mahasiswa yang bebas dari pandangan pak ali dan mak milah serta yang mahu mengenal erti keseronokan.
sekian part 1
akan disambung part 2 selepas ini..
rehat sebentar, sakit pinggang..
salam

Ini lah UniKL MICET |

~KEMBALI~
salam,
agak lama aku tidak bercakar dihalaman ini kerana sibuk dengan hari-hari terakhir sebagai seorang mahasiswa. siapkan segala project dan research untuk complete kan segulung ijazah, banyak masa aku telah dihabiskan dengan kerja-kerja thesis, presentation, project design dan lain-lain hal. alhamdulillah, semua sudah selesai. final exam untuk terakhir kali menjadi seorang mahsiswa pun telah aku jawab walaupun semester ini cuma ada 3 paper. cuma ada beberapa urusan yang masih tertangguh. mungkin lagi 2 minggu aku akan kembali ke bumi melaka bumi yang banyak mengajar aku erti kehidupan. suka - duka pahit - maung kawan - lawan menang - kalah dan hidup - mati.
sudah 1 minggu aku kembali bersarang di rumah pahang merehatkan segala penat lelah letih dan sesak ketika berhempas pulas menjalankan tanggungjawab. kini aku mula menghitung akan perjalanan seterusnya dialam kehidupan yang lebih mencabar. namun, ada beberapa tanggungjawab yang aku dan rakan-rakan perlu teruskan kerana perjuangan adalah pertuturan yang dizahirkan melalui perbuatan.
selama hampir 6 tahun aku di bumi melaka, terlalu banyak kenangan jika ingin dikongsi di halaman ini. baik suka dan duka akan aku cuba mencakar satu persatu untuk perkongsian bersama.
ini permulaan selepas sejenak berdiam diri mengikat jari....

Subscribe to:
Posts (Atom)