Salam,
Di malam yang sunyi ini, bila mata sudah menandatakan kepenatan, bila badan perlukan tempat pembaringan, tiba-tiba teringat kata-kata seorang sahabat. "sepi itu indah". Kadang-kadang tercuit hati ini ingin ketawa. Kadang-kadang, berfikir dibuat nya. "sepi itu indah". sesuatu tafsiran yang perlu aku rungkaikan. apakah maksud disebalik kata-kata itu?.
lumrahnya, manusia tidak suka akan kesepian. bila ia muncul, mula lah si insan kerdil ini diselubungi kesepian. aduh....ia datang kembali. pelbagai gambaran akan mula muncul di petak permikiran insan ini, menangislah sendirian hanya kerana kesepian. hebatnya kesepian ini sampai mampu menyebabkan seluruh insan ciptaan tuhan yang agung disegenap pelosok dunia tunduk akan kehadiran nya. mana mungkin si sepi mampu menjadi indah.
tetapi, kata-kata sahabat itu menyebabkan akal fikiran mula berfungsi untuk mencari kebenaran akan kenyataan yang dilontarkan itu. "sepi itu indah". bila sepi datang, insan sering kesunyian, mula duduk bersendirian. dimana hadir nya erti indah?
alangkah rugi diri ini tidak cuba mencari apa yang tersirat di sebalik kejadian itu. memang indah kesepian ini.bila kita kesepian, akal baru di beri kesempatan untuk menilai erti sebuah kehidupan, bila kita keseorangan, tanpa disedari, kita sering dipertemankan oleh tuhan yang esa. Dia tidak pernah meninggalkan kita untuk terus hanyut dibuai perasaan yang hiba. kita mula mendongak ke awan tanda kewujudan tuhan yang esa sambil menadah telapak tangan lalu meminta keberkatan dari-nya.
6 comments:
seyes sepi itu indah...mmg la kita akn terkenang peristiwa2 silam bler masa kita bersendirian...tp jgn la dok pikir mslh2 dlu...pikirkan kenangan2 yg manis bersm RAKAN-RAKAN...bler dah hbs belajar nnt, kita akn terkenang dan amat menginginkan kehidupan di waktu tyme Universiti dan tyme skolah dlu...hehehe
btul...gua setuju...
kesepian mengajar kita mencari erti kehidupan
sama kah sepi dan sunyi?
klu sepi itu indah, kenapa sunyi itu terasa sayu?
mengikut pemahaman gua...sme je...
tp setiap org tafsiran berbeza
sepi itu tak indah..sepi itu kebosanan...*winkwink*..
aruza...only u can turn sepi into indah....huhu
Post a Comment