Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan

Sunday, August 29, 2010

SELAMAT HARI LAHIR - - - MAK MILAH

salam,

53 tahun lalu, tetap pada tanggal 29 ogos 1957 dimana tibanya Duke of Glouchester di tanah melayu untuk upacara kemerdekaan tanah melayu. ada lagi satu peristiwa yang lebih penting yang telah terjadi dibumi allah yang bertuah ini. lahir nya seorang insan yang berhati mulia dan menjadi srikandi dalam liku-liku kehidupan ini.
beliau yang dimaksudkan adalah MILAH BTE MUHAMMAD NOR. isteri kepada ALI BIN ARSHAD. mak milah adalah mak kepada 6 orang putera kacak dan 1 orang puteri impian. putera itu adalah AZMAN ALI, AMIRIZAL ALI, ASNIZAM ALI, AZIZI ALI, AMIR ALI, & AIRUL AFFENDI ALI. puteri tunggal beliau diberi nama AZALIZA ALI.





setiap kali bulan ogos, ramai orang akan mula buat persedian untuk hari merdeka. tapi gua mula memikirkan tarikh hari lahir mak gua. apa yang gua kene buat untuk hari bertuah mak gua tahun ini....apa yang gua mesti bagi sebagai hadiah....masuk tahun ini, dah 53 tahun mak gua bernafas terus diberi peluang untuk bersama-sama anak, menantu dan 8 orang cucu dia yang sangat comel. mak milah seorang isteri, mak, mentua, nenek, makcik, kawan, pejuang, dan srikandi  yang sangat baik, penyayang dan kental dalam membesarkan anak-anak.

dulu masa bapak gua bertugas sebagai askar di hutan grik perak selama beberapa tahun, mak milah la yang membesarkan anak-anak di kampung halaman, Melaka. gua masih ingat lagi masa gua kecil, mak milah sanggup berjalan kaki pergi rumah ke rumah demi menyedarkan masyarakat terutama anak-anak bangsa nya akan penting nya pendidikan.


mak milah adalah orang yang sangat pentingkan kasih sayang diantara ahli keluarga. mak milah tak pernah membezakan anak-anak nya dari segi rupa mahupun kejayaan. lagi satu, mak milah langung tak pernah memilih bakal menantu nya, mak milah pernah mengatakan sesuatu kepada salah seorang bakal menantu nya dulu, " asalkan kamu boleh bahagiakan anak makcik itu dah cukup baik". kalau tak percaya, sila tanya pada semua kakak-kakak ipar gua.(sesiapa yang ingin jadi isteri gua, sila jadi diri sendiri dan boleh membahagiakan hidup gua. itu sudah cukup). kadang-kang tergelak hati gua bila melihat mereka mula mengambil hati mak milah. selalu nya di dapur la tempat paling strategi. betul tak Umie Salmi, Azlinda, Azlina dan Zuraidah?




cuma gua nk cakar di sini, gua ikut ketinggian mak milah. hanya seorang putera nya sahaja yang mengikut jejak langkah beliau seorang yang renek dan rendang. mak milah seorang yang sangat sporting, slamber, spontan, kelakar, manja, penyabar, penyayang, dan yang paling gua respect pada mak milah adalah TABAH.


semenjak aku berumur 9 tahun, mak milah mula mengidap satu penyakit. tapi mak milah tidak pernah lemah dan putus asa untuk terus hidup demi membesarkan anak-anak. walau demam pening mahupun tidak boleh bangun dari katil nya, mak milah masih mahu menguruskan anak-anak. hampir 14 tahun mak milah menanggung kesakitan dan dugaan dari tuhan yang esa. pelbagai kaedah dan perubatan telah di cuba. tetapi penyakitnya masih tidak menunjukkan tanda-tanda reda. semenjak 2 tahun lepas, mak milah mula terima akan kehadiran penyakitnya. mak milah lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca ayat suci al-quran untuk mengurangkan kesakitan beliau.


hari ini, aku berusia 23 tahun, tetapi aku sangat sedih kerana masih tidak mampu memberi dan membalas jasa kepada mak milah. aku berdoa agar aku di gantikan tubuh dengan mak milah. biarlah aku yang menanggung kesakitan itu. cukup lah hampir 15 tahun mak milah menderita. mak milah masih mampu bertahan kerana kasih sayang dan kehadiran anak, menantu, cucu, & rakan.


gua berdoa agar mak milah panjang umurdan bahagia bersama keluarga tercinta. MAK MILAH... ABANG SAYANG MAK TIDAK TERHINGGA.

5 comments:

Anonymous said...

to lu...tahniah kerana menjadi anak yag mencium bau syurga di telapak kaki ibu...kepa mak milah, semoga diberkati usia mu...mak milah pasti berbangga ada anak macam fendi

AIRUL AFFENDI said...

der...thanx...doakan semua orang akan mencium bau syurga...
selagi hayat dikandung badan..akn gua berkhidmat utk insan bergelar mak

Fifi Azura said...

happy birhday mak milah..
long live airul's mom..;)

AIRUL AFFENDI said...

THANK fifi azura...
nti i smpi kan ucapan tu kepada mak milah

aku setia said...

semoga mak awk smakin sihat fendi...
mak ibarat nyawa... jasa mak x ternilai & tak terbalas walau hanya setitik susunya demi mhilangkn dahaga serta membesarkn kita.. bahagiakan lah mak selagi ada...
anak2 adalah kekuatan...
kebahagiaan itu adalah terapi..

"semoga kita mjadi anak yg soleh/solehah buat kedua ibubapa kita...& diberkati serta d bwh rahmat tuhan..aminn"