Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan

Wednesday, December 15, 2010

~Kuasa~

salam,

Kuasa sering diperkatakan di dalam kehidupan ini. ada kuasa baik dan ada juga kuasa kejahatan. ia terpulang kepada pemegang kuasa menentukan hala tuju perkataan itu. mahu tidak mahu dan sedar tidak sedar, kuasa memang amat penting. ia boleh merubah sesuatu kepada sesuatu.

jika kita lihat dari satu sudut yang lain, ada yang mengatakan bahawa kuasa menentukan bangsa. tetapi ada juga mengungkap kuasa perosak bangsa. sedar atau tidak, kuasa kita sudah lemah dalam pelbagai sudut. ekonomi, sosial, pendidikan. semua itu hanya tinggal secebis kuasa yang ada. kuasa yang sedikit itu pun masih disalah ertikan dalam bentuk tindakan. masih lagi tidak meletakkan sesuatu yang hak di tempat asalnya.


pelbagai watak dan peranan ditontonkan jika memiliki kuasa. ada yang menggunakan kuasa itu seadil-adil nya. tetapi ada juga menggunakan kuasa itu dengan sewenangnya. lagi menyedihkan bila diberikan kuasa tetapi diikat kaki dan tangan nya. ia seperti "duduk diatas kerusi tanpa kuasa". hanya mempunyai kuasa mengangguk. selebih nya hanya mampu memandang. bangun lah. agar tidak lagi diam seribu bahasa.

jangan sampai dipersoalkan oleh anak-anak akan datang. jangan sampai dipersalahkan suatu hari nanti. kuasa itu yang menentukan perjalanan hari ini dan seterusnya. jangan dek kerana kuasa, sombong dan takbur mula mengelilingi otak kanan dan kiri. bantu lah mereka dengan kuasa yang ada. kerana mereka ada darah merah mengalir didalam tubuh sama seperti mu. dengan kuasa itu, jadikan mereka setanding dengan mu. jangan lah mencantas orang itu dengan kuasa mu yang ada. buruk padah nya.

No comments: