Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan

Wednesday, December 15, 2010

~Kuasa~

salam,

Kuasa sering diperkatakan di dalam kehidupan ini. ada kuasa baik dan ada juga kuasa kejahatan. ia terpulang kepada pemegang kuasa menentukan hala tuju perkataan itu. mahu tidak mahu dan sedar tidak sedar, kuasa memang amat penting. ia boleh merubah sesuatu kepada sesuatu.

jika kita lihat dari satu sudut yang lain, ada yang mengatakan bahawa kuasa menentukan bangsa. tetapi ada juga mengungkap kuasa perosak bangsa. sedar atau tidak, kuasa kita sudah lemah dalam pelbagai sudut. ekonomi, sosial, pendidikan. semua itu hanya tinggal secebis kuasa yang ada. kuasa yang sedikit itu pun masih disalah ertikan dalam bentuk tindakan. masih lagi tidak meletakkan sesuatu yang hak di tempat asalnya.


pelbagai watak dan peranan ditontonkan jika memiliki kuasa. ada yang menggunakan kuasa itu seadil-adil nya. tetapi ada juga menggunakan kuasa itu dengan sewenangnya. lagi menyedihkan bila diberikan kuasa tetapi diikat kaki dan tangan nya. ia seperti "duduk diatas kerusi tanpa kuasa". hanya mempunyai kuasa mengangguk. selebih nya hanya mampu memandang. bangun lah. agar tidak lagi diam seribu bahasa.

jangan sampai dipersoalkan oleh anak-anak akan datang. jangan sampai dipersalahkan suatu hari nanti. kuasa itu yang menentukan perjalanan hari ini dan seterusnya. jangan dek kerana kuasa, sombong dan takbur mula mengelilingi otak kanan dan kiri. bantu lah mereka dengan kuasa yang ada. kerana mereka ada darah merah mengalir didalam tubuh sama seperti mu. dengan kuasa itu, jadikan mereka setanding dengan mu. jangan lah mencantas orang itu dengan kuasa mu yang ada. buruk padah nya.

Tuesday, December 14, 2010

misteri gunung ledang

salam

Sedikit pengenalan tentang gunung ledang. Dengan ketinggian 1276 meter, gunung yang menyimpan pelbagai kisah misteri dan mitos ini tersergam indah dibumi melayu. kepelbagaian cerita akan misteri dan mitos menggamit para pendaki cuba mendekati nya. mana kan tidak di kejar oleh rakyat biasa bila sultan melaka juga tertarik akan puterinya. di utuskan panglima gagah perkasa Hang Tuah menjadi perantara membawa khabar hajat Sultan Melaka. dipulangkan dengan 7 syarat penuh bermakna dan tanda tanya. kecantikan puteri gunung ledang menyebabkan ia masih dipuja hingga zaman ditelan usia.





Bagi aku gunung ledang memang menyimpan seribu erti dan makna pada insan kerdil ini. pada 22-26 disember 2009 aku buat pertama kali nya menjejaki kaki di gunung ledang. memang misteri. aku berjumpa dengan sejumlah golongan manusia yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. namum mereka menyambut salam silaturahim dengan tangan terbuka. banyak sudah ilmu ditimba di  gunung ledang. pelbagai dugaan dihutan rimba itu dapat aku ku harungi. cuba mengaplikasikan di hutan batu agar aku tidak buntu.




Disini aku baru kenal siapa diri ini. ibarat aku dilahirkan semula dikaki gunung bersama orang yang tidak pernah aku sangka yang masih mempunyai semangat juang yang tidak padam dek ribut taufan. aku diajar erti sebuah perjuangan. ia bukan sekadar manisan dibibir, tetapi keringat yang dikeluarkan agar ia menjadi sebuah kenyataan.






Saban tahun aku akan terus berjuang di gunung misteri ini.kini ia ibarat rumah ke-2 bagi aku untuk meneruskan warisan ini. tiba masa nya aku bersama-sama mereka teruskan perjuangan untuk waris-waris yang akan berjuang. aku jadikan ia sebagai tempat aku berkumpul semula. sebagai tempat aku mengabadikan diri untuk mereka. kerana aku bukan siapa-siapa.

p/s tahun depan kasi gegar itu johny...

Monday, December 13, 2010

~Selamat pengantin baru Ain & Wan~

salam

Hampir 2 minggu aku tidak mencakar dihalaman ini. sepi itu menyakitkan tetapi sangat indah bila ia dipandang dari sudut yang berlawanan. kesibukan membantu persiapan perkahwinan memang amat memenatkan. tetapi itu je la yang mampu aku "memberi". alhamdulillah semua nya sudah selesai. doa tulus dari hati kecil ini agar ain dan wan kental bersama-sama mengharungi perjalanan hidup ini sebagai sepasang suami isteri hingga hujung nyawa.

 











p/s: kak ana..aku curik pic wedding ain dalam fb kau..haha