salam aidilfitri,
Ramadhan bulan keberkatan akan meninggalkan semua umat islam di dunia ini. akan tiba nya bulan syawal yang penuh kenikmatan menjadi laluan dan tatapan setiap insan untuk 30 hari berikutnya. ragam umat islam di malaysia cukup indah bila tiba bulan syawal. anak-anak yang merantau jauh di kota mula melangkah pulang ke desa bertemu keluarga dan sanak saudara. mungkin selama ini tidak berkesempatan menjenguk kedua ibu bapa mula terasa akan rindu untuk menatap wajah insan yang tercinta.
begitu juga dengan telatah ibu bapa di desa bersedia untuk menyambut ketibaan anak ,menantu serta cucu untuk bersama di hari kemenangan bagi semua. si ibu akan mula menyediakan juadah kegemaran setiap anak-anak nya. si ayah pergi ke pekan mencari keperluan untuk keselesaan cucu-cucunya. alangkah bahagia nya keluarga bila semua anak-anak mengerti akan kasih sayang dari 2 orang insan tua ini.
aku juga tidak terlepas dari perasaan gembira bila menjelang hari raya. mula terbayang wajah mak milah serta pak ali yang aku kasihi. mula terngiang-ngiang suara 8 orang anak-anak ku yang akan menceriakan suasana rumah ayah. adam, nana yasmin dan mia mula berkepit dengan atok dan nenek nya. si ashril pula mula akan menjadi hero untuk semua. afiq dan akil pula akan memerhatikan sahaja gelagat abang dan kakak nya menjalani kehidupan di desa. aina pula masih kecil, hanya mampu tergolek dengan senyuman untuk nenek nya.
hati sebenarnya lagi pilu bila kawan-kawan mula melangkah pulang ke kampung halaman. tinggalkan aku yang masih menanti hari kepulangan. ada yang jauh memacu kenderaan nun ke utara semenanjung. ada yang pulang menghala ke timur dan selatan. tapi ada juga hanya 30 minit perjalanan. masing-masing pulang dengan 1 tujuan beraya bersama keluarga tercinta.
aku dengan rasa rendah diri memohon kemaafan kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. mungkin tidak adil bagi aku jika menulis nama semua rakan-rakan aku. mungkin ada yang akan tercicir. aku harap semua rakan-rakan ku dapat menyambut aidil fitri dengan penuh pengisian.
No comments:
Post a Comment