Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan

Monday, September 20, 2010

TERIMA KASIH

salam,

aku mula kan cakaran kali ini dengan ucapan terima kasih kepada semua makhluk tuhan yang pernah berdamping dan mengenali diri ini. ucapan terima kasih perlu diucapkan dari hati yang ikhlas atas dasar menghargai sesuatu pemberian ataupun pertolongan. terima kasih jua di ucapkan kerana sesuatu yang berlaku atas diri ini.

aku mengucapkan terima kasih kerana sudi mengenali diri aku yang tidak seberapa ini. terima kasih juga kerana memberi peluang untuk mengenali diri seseorang. kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. walau apa pun yang terjadi, redha dan pasrah adalah pengubat dari ilahi. kerana setiap yang berlaku tuhan telah janjikan hikmah yang bakal menanti.



kalau niat kita suci dan iklhas, tidak perlu bersedih dan hampa kerana perasaan itu menandakan kita lari dari ketentuan ilahi. ini semua dipanggil kehidupan. cabaran dan dugaan perlu di lalui untuk mematangkan diri dari hari ke hari. insyaallah, jika kita kuat, tidak akan tumbang ditiup taufan, tidak akan terbakar di jilat mentari. kerana allah lebih mengetahui.

Tuesday, September 7, 2010

KEMAAFAN DIPINTA

salam aidilfitri,

Ramadhan bulan keberkatan akan meninggalkan semua umat islam di dunia ini. akan tiba nya bulan syawal yang penuh kenikmatan menjadi laluan dan tatapan setiap insan untuk 30 hari berikutnya. ragam umat islam di malaysia cukup indah bila tiba bulan syawal. anak-anak yang merantau jauh di kota mula melangkah pulang ke desa bertemu keluarga dan sanak saudara. mungkin selama ini tidak berkesempatan menjenguk kedua ibu bapa mula terasa akan rindu untuk menatap wajah insan yang tercinta.


begitu juga dengan telatah ibu bapa di desa bersedia untuk menyambut ketibaan anak ,menantu serta cucu untuk bersama di hari kemenangan bagi semua. si ibu akan mula menyediakan juadah kegemaran setiap anak-anak nya. si ayah pergi ke pekan mencari keperluan untuk keselesaan cucu-cucunya. alangkah bahagia nya keluarga bila semua anak-anak mengerti akan kasih sayang dari 2 orang insan tua ini.

aku juga tidak terlepas dari perasaan gembira bila menjelang hari raya. mula terbayang wajah mak milah serta pak ali yang aku kasihi. mula terngiang-ngiang suara 8 orang anak-anak ku yang akan menceriakan suasana rumah ayah. adam, nana yasmin dan mia mula berkepit dengan atok dan nenek nya. si ashril pula mula akan menjadi hero untuk semua. afiq dan akil pula akan memerhatikan sahaja gelagat abang dan kakak nya menjalani kehidupan di desa. aina pula masih kecil, hanya mampu tergolek dengan senyuman untuk nenek nya.

hati sebenarnya lagi pilu bila kawan-kawan mula melangkah pulang ke kampung halaman. tinggalkan aku yang masih menanti hari kepulangan. ada yang jauh memacu kenderaan nun ke utara semenanjung. ada yang pulang menghala ke timur dan selatan. tapi ada juga hanya 30 minit perjalanan. masing-masing pulang dengan 1 tujuan beraya bersama keluarga tercinta.




aku dengan rasa rendah diri memohon kemaafan kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. mungkin tidak adil bagi aku jika menulis nama semua rakan-rakan aku. mungkin ada yang akan tercicir. aku harap semua rakan-rakan ku dapat menyambut aidil fitri dengan penuh pengisian.

Saturday, September 4, 2010

HARI RAYA SEMAKIN HAMPIR

salam,

sudah 25 hari umat islam menjalani ibadah berpuasa di bulan yang mulia ini bulan ramadhan. syukur gua kehadrat ilahi kerana masih memberi peluang pada diri ini bernafas di dalam bulan yang penuh kenikmatan. di bulan ramadhan ini pelbagai ragam manusia di tontonkan semasa menjalani ibadah berpuasa. kadang-kadang tercuit hati ini ketawa sendiri di buat nya.

tahun ini macam biasa gua akan pulang ke melaka seperti mana 23 tahun kebiasaannya menyambut aidil fitri di kampung. kadang-kadang bosan juga balik melaka. tapi disitu la kampung asal gua. kedua-dua mak dan ayah gua asal dari kampung yang sama. cuma jarak lebih kurang 5 kilometer memisahkan rumah keluarga sebelah ayah dan mak. masa gua kecik-kecik, semua adik beradik gua akan beraya di rumah atok sebelah mak. tak pernah lagi beraya di rumah atok sebelah ayah. mungkin rumah atok sebelah ayah tiada suasana kampung, rumah taman. gua masih tertanya-tanya apa sebab ayah sendiri pun tidak pernah mengajak kami sekuarga raya di rumah atok. tapi selalu nya selepas zohor, semua ahli keluarga gua akan menziarahi atok sebelah ayah. kalau dulu ayah hanya ada sebuah kereta proton saga, hampir semua ahli keluarga gua sumbat naik kereta saga tu menuju ke rumah atok. namun sekarang, semua adik beradik gua ada sebiji kereta sendiri. rezeki kurnian tuhan.

semenjak 6 tahun yang lalu, keluarga gua akan beraya di rumah kami sendiri. ayah gua beli 1 buah rumah khas untuk balik raya jer. mungkin ada betul nya tindakan ayah beli rumah tu. lagi pun ayah dah ade 4 orang menantu dan 8 orang tentera nya sendiri (cucu). walaupun rumah tu agak sempit, tetapi bagi gua cukup luas untuk kami berkongsi kasih sesama beradik serta anak-anak yang comel. cam biasa, siapa yang sudah berkahwin dan ada anak, wajid tidur di ruang tamu. gua dan adik gua akan tidur didalam bilik bersama-sama anak-anak. nasib baik la gua tak berkahwin lagi. boleh la tidur dalam bilik. tapi kadang-kadang gua tidur kat depan tv gak. bagi la kakak gua tidur kat dalam bilik gua.


detik paling best bila nak sambut hari raya, bila tiba masa seluruh keluarga gua campur keluarga makcik dan pakcik aku balik rumah nenek dan buat dodol ramai-ramai. selalunya dodol akan mula di kacau jam 4 petang dan selesai jam 2 pagi. masa itu, kemeriahan dan keseronokan mula muncul di kalangan gua sekeluarga. berkongsi cerita dengan makcik dan pakcik, yang perempuan mula bergosip sambil perah santan kelapa. maklum lah, dah lama tak berjumpa. gua sekuarga akan berbuka puasa di halaman rumah nenek sambil mengacau dodol. memang best.




 




 tapi mungkin lagi best kalau arwah atok dan nenek serta maklang masih hidup. tentu mereka gembira melihat waris mereka berkumpul ramai-ramai di rumah mereka. semua cucu nya sudah berjaya, pakai kereta besar-besar, dan paling penting masih tahu hidup cara kampung. dulu tugas gua dan sepupu gua roy lah yang akan jadi runner untuk pasang pelita keliling halaman rumah atok. lepas je berbuka atok gua akan suruh gua isi minyak tanah dan pasang pelita.

semua tu kenangan terindah bila tiba hari raya. harap-harap tahun yang mendatang akan lebih meriah walau atok dan nenek serta maklang sudah lama meninggalkan kami.

Thursday, September 2, 2010

BERILAH PELUANG AKU BERNAFAS

salam,

hari ini gua sangat tersentuh bila gua view satu video di laman FB kawan gua. gua tak tau siapa yang upload, tapi gua ingin sampai kan ucapan terima kasih dan rasa hormat kepada beliau kerana membikin video itu. sebenarnya, video itu berkenaan dengan gejala buang bayi dikalangan remaja melayu di tanah ini. saban hari bukan gua seorang tapi gua percaya semua orang di tanah ini baca dan menonton media yang memaparkan kisah kejam si manusia bergelar binatang. kalau diikutkan, binatang pun layak di gelar manusia. maaf andai kata bahasa gua agak kasar. tetapi itulah hakikat senario yang terjadi di tanah ini.





ada yang ditinggalkan di tepi masjid, surau, jalan, malah ada jugak yang di humban kedalam tong sampah. lagi menyedihkan ada yang campak dalam longkang. lagi sial, ada yang di tanam hidup-hidup. apa semua ini? jahilnya lu orang di sisi masyarakat, adap dan tuhan.
hati sayu melihat si anak tidak berdosa di gonggong anjing. mana letak nya nilai adap sopan yang pernah dicanang suatu ketika dulu? mana letak nya nilai-nilai islam yang diterapkan semasa di zaman kanak-kanak dulu? mana pergi nya pertimbangan akal seorang insan?

ini adalah berberapa rangkap kata-kata yang di ambil dari video itu.

kerna kekasih ibu buang rasa kasih....
kerna sayang ibu hilang kasih sayang...
ibu...kenapa atas rasa cinta yang terjalin...
aku dijadikan mangsa nafsu  cinta ibu....
kerna rasa sayang ibu kepada lelaki itu...
ibu bunuh perasaan sayang pada ku...
yang lahir dari rahim mu...
ibu buktikan tanda sayang ibu...
sampai sanggup membunuh aku....

gua merayu pada semua manusia di luar sana, jangan lah kerana sayang, kita sanggup menjadi pembunuh. jangan lah kerana cinta, kita jadi si pendusta. pulang lah semua bangsa ku ke jalan yang benar. jangan lah kita berlaku kejam terhadap insan yang bernama manusia. kelak mereka akan menuntut segala hak yang kita tidak kan.

P/S
telinga yang mendengar adalah telinga yang terlekat di sisi kepala kita