salam
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
lagu ini akan berkumandang bila tibanya bulan kemerdekaan saban tahun. sudah 53 tahun bumi yang gua pijak ini merdeka dari penjajahan fizikal dari pihak portugis, belanda, inggeris, jepun dan komunis. Pelbagai dugaan telah diberikan kepada nenek moyang kita didalam tempoh kekejaman itu. Namum, mereka masih mampu berdiri mempertahankan tanah ini demi kemerdekaan yang mereka cari untuk anak-anak bangsa. tanpa ada erti putus asa, takut, pengecut serta pentingkan diri sendiri, maka tercipta lah sebuah kemerdekaan untuk tanah ini.
disini, gua ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah tuhan yang disembah kerana dengan izinnya, tanah ini dimemerdekan dari kekejaman pihak-pihak penjajah. selain itu, jutaan terima kasih kepada semua pejuang perwira dan srikandi kemerdekaan yang sanggup terkulai di mata pedang, sanggup terbunuh dek peluru senapang hanya untuk memerdekakan tanah ini. tak perlu gua sebutkan siapa pejuang kemerdekaan pada dinding cakaran ini kerana ia sudah pun tersemat dihati gua dan terlalu banyak insan yang berjuang untuk hari ini.
gua cuma ingin menghadiahkan cakaran ini khas untuk seorang perjuang yang dari dulu masih kental dengan jiwa seorang perwira. beliau adalah ALI BIN ARSHAD. bapak gua lah perjuang bagi diri gua kerana beliau adalah bekas tentera yang sama-sama mempertahankan tanah ini dari terus dijajah oleh anasir yang kejam. bapak gua pernah berkhidmat sebagai seorang tentera selama 12 tahun. pernah menjaga berbatasan tanah ini di hutan grik perak. jika di ketahui, hutan grik ini pernah menjadi sarang hitam si komunis dan kubu terkuat tentera bintang tiga ketika itu. bapak gua tinggalkan isteri dan anak-anak demi menyambung perjuangan orang dahulu kala.
beliau pernah bercerita detik-detik bertempur dengan pihak bintang tiga. pernah terkena tembakan di lengan kiri akibat kekejaman komunis. sial punya komunis. lu orang berani tembak bapak gua. masih disimpan kain yang membaluti luka tembakan itu untuk ia terus hidup dalam nostalgia bersama rakan-rakan tentera. mujur la allah panjangkan umur beliau agar dapat berkongsi pengalaman mempertahankan tanah ini. rasa rindu pada isteri dan anak-anak terpaksa ditelan. hampir 5 bulan sekali baru bapak gua pulang ke kampung halaman menjenguk keluarga. itu pun bukan nya lama.
tiada niat gua nak meriakkan diri bapak gua. cuma, bagi gua, dia layak diberikan penghargaan oleh anak-anaknya sendiri. beliau adalah bapa dan pejuang serta perwira bangsa dan kemerdekaan. cucunya, adam sampai dapat pujian dari cikgu tadika nya kerana menulis sebuah cerita bertajuk " my grandpa is my hero". ALI BIN ARSHA, abang bangga ada ayah seperti mu. moga allah dapat membalas segala pengorbanan yang ayah berikan.
GUA ADA NUKILAN UNTUK SEMUA
KEBANGKITAN SEBUAH BANGSA
bermula dengan tembakan portugis
mengalir sepi darah dan tangis
jati diri kian terhakis
bangsaku terus dijarah habis
malay union kemuncak segala
bangsa melayu bangkit semula
menjadi noktah sebuah derita
bangsaku ini bukan boneka
melayu tak lagi berdiam diri
ketuanannya bukan mainan lagi
si dia menyatu kami
hidup melayu laungan abadi
pemuda pemudi tak kira usia
bersatu memulih tamadun bangsa
jeritan mereka menggegar dunia
mampu menggentar penjajah durjana
kini merdeka milik kita
hasil darah keringat bangsa
jangan biar luka menyiksa
kekalkan ia keakhir masa
Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan
Tuesday, August 31, 2010
Sunday, August 29, 2010
SELAMAT HARI LAHIR - - - MAK MILAH
salam,
53 tahun lalu, tetap pada tanggal 29 ogos 1957 dimana tibanya Duke of Glouchester di tanah melayu untuk upacara kemerdekaan tanah melayu. ada lagi satu peristiwa yang lebih penting yang telah terjadi dibumi allah yang bertuah ini. lahir nya seorang insan yang berhati mulia dan menjadi srikandi dalam liku-liku kehidupan ini.
beliau yang dimaksudkan adalah MILAH BTE MUHAMMAD NOR. isteri kepada ALI BIN ARSHAD. mak milah adalah mak kepada 6 orang putera kacak dan 1 orang puteri impian. putera itu adalah AZMAN ALI, AMIRIZAL ALI, ASNIZAM ALI, AZIZI ALI, AMIR ALI, & AIRUL AFFENDI ALI. puteri tunggal beliau diberi nama AZALIZA ALI.
setiap kali bulan ogos, ramai orang akan mula buat persedian untuk hari merdeka. tapi gua mula memikirkan tarikh hari lahir mak gua. apa yang gua kene buat untuk hari bertuah mak gua tahun ini....apa yang gua mesti bagi sebagai hadiah....masuk tahun ini, dah 53 tahun mak gua bernafas terus diberi peluang untuk bersama-sama anak, menantu dan 8 orang cucu dia yang sangat comel. mak milah seorang isteri, mak, mentua, nenek, makcik, kawan, pejuang, dan srikandi yang sangat baik, penyayang dan kental dalam membesarkan anak-anak.
dulu masa bapak gua bertugas sebagai askar di hutan grik perak selama beberapa tahun, mak milah la yang membesarkan anak-anak di kampung halaman, Melaka. gua masih ingat lagi masa gua kecil, mak milah sanggup berjalan kaki pergi rumah ke rumah demi menyedarkan masyarakat terutama anak-anak bangsa nya akan penting nya pendidikan.
mak milah adalah orang yang sangat pentingkan kasih sayang diantara ahli keluarga. mak milah tak pernah membezakan anak-anak nya dari segi rupa mahupun kejayaan. lagi satu, mak milah langung tak pernah memilih bakal menantu nya, mak milah pernah mengatakan sesuatu kepada salah seorang bakal menantu nya dulu, " asalkan kamu boleh bahagiakan anak makcik itu dah cukup baik". kalau tak percaya, sila tanya pada semua kakak-kakak ipar gua.(sesiapa yang ingin jadi isteri gua, sila jadi diri sendiri dan boleh membahagiakan hidup gua. itu sudah cukup). kadang-kang tergelak hati gua bila melihat mereka mula mengambil hati mak milah. selalu nya di dapur la tempat paling strategi. betul tak Umie Salmi, Azlinda, Azlina dan Zuraidah?
cuma gua nk cakar di sini, gua ikut ketinggian mak milah. hanya seorang putera nya sahaja yang mengikut jejak langkah beliau seorang yang renek dan rendang. mak milah seorang yang sangat sporting, slamber, spontan, kelakar, manja, penyabar, penyayang, dan yang paling gua respect pada mak milah adalah TABAH.
semenjak aku berumur 9 tahun, mak milah mula mengidap satu penyakit. tapi mak milah tidak pernah lemah dan putus asa untuk terus hidup demi membesarkan anak-anak. walau demam pening mahupun tidak boleh bangun dari katil nya, mak milah masih mahu menguruskan anak-anak. hampir 14 tahun mak milah menanggung kesakitan dan dugaan dari tuhan yang esa. pelbagai kaedah dan perubatan telah di cuba. tetapi penyakitnya masih tidak menunjukkan tanda-tanda reda. semenjak 2 tahun lepas, mak milah mula terima akan kehadiran penyakitnya. mak milah lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca ayat suci al-quran untuk mengurangkan kesakitan beliau.
hari ini, aku berusia 23 tahun, tetapi aku sangat sedih kerana masih tidak mampu memberi dan membalas jasa kepada mak milah. aku berdoa agar aku di gantikan tubuh dengan mak milah. biarlah aku yang menanggung kesakitan itu. cukup lah hampir 15 tahun mak milah menderita. mak milah masih mampu bertahan kerana kasih sayang dan kehadiran anak, menantu, cucu, & rakan.
gua berdoa agar mak milah panjang umurdan bahagia bersama keluarga tercinta. MAK MILAH... ABANG SAYANG MAK TIDAK TERHINGGA.

Monday, August 23, 2010
SEPI ITU INDAH
Salam,
Di malam yang sunyi ini, bila mata sudah menandatakan kepenatan, bila badan perlukan tempat pembaringan, tiba-tiba teringat kata-kata seorang sahabat. "sepi itu indah". Kadang-kadang tercuit hati ini ingin ketawa. Kadang-kadang, berfikir dibuat nya. "sepi itu indah". sesuatu tafsiran yang perlu aku rungkaikan. apakah maksud disebalik kata-kata itu?.
lumrahnya, manusia tidak suka akan kesepian. bila ia muncul, mula lah si insan kerdil ini diselubungi kesepian. aduh....ia datang kembali. pelbagai gambaran akan mula muncul di petak permikiran insan ini, menangislah sendirian hanya kerana kesepian. hebatnya kesepian ini sampai mampu menyebabkan seluruh insan ciptaan tuhan yang agung disegenap pelosok dunia tunduk akan kehadiran nya. mana mungkin si sepi mampu menjadi indah.
tetapi, kata-kata sahabat itu menyebabkan akal fikiran mula berfungsi untuk mencari kebenaran akan kenyataan yang dilontarkan itu. "sepi itu indah". bila sepi datang, insan sering kesunyian, mula duduk bersendirian. dimana hadir nya erti indah?
alangkah rugi diri ini tidak cuba mencari apa yang tersirat di sebalik kejadian itu. memang indah kesepian ini.bila kita kesepian, akal baru di beri kesempatan untuk menilai erti sebuah kehidupan, bila kita keseorangan, tanpa disedari, kita sering dipertemankan oleh tuhan yang esa. Dia tidak pernah meninggalkan kita untuk terus hanyut dibuai perasaan yang hiba. kita mula mendongak ke awan tanda kewujudan tuhan yang esa sambil menadah telapak tangan lalu meminta keberkatan dari-nya.
Saturday, August 21, 2010
"ANAK-ANAK KITA"
Salam,
Anak-anak kitakah yang memikul beban,
Kesilapan kita,
Hingga dia tak kenal,
Budaya canggung bangsa sendiri,
Selamatkan anak kita,
Dari padang jerangkap samar,
Kesilapan kita,
Hingga dia tak kenal,
Budaya canggung bangsa sendiri,
Selamatkan anak kita,
Dari padang jerangkap samar,
meminjam susunan kata dari suara nusantara penyair tersohor M.Nasir agar dapat difahami bersama apa yang disiulkan oleh manusia berhati puisi ini.
Anak-anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita?
persoalan ini selalu bermain dikotak permikiran kita. adakah benar ia terjadi? atau sekadar peringatan pada kemudian hari?
jika benar, kesilapan itu perlu diperbetulkan agar ia berhenti membebani anak-anak kita dengan dosa dan khilaf yang telah tercalit dalam lipatan sejarah malah telah menjadi satu ikutan serta pegangan ke jalan kegelapan oleh anak-anak kita yang mewarisi kesalahan itu.
kita acap kali dihujani dengan kisah-kisah menyentuh hati yang munculnya dari gelagat dan ragam anak-anak kita yang lupa dan tidak kenal akan budaya bangsa sendiri. mana dia si sopan santun berbudi bahasa? jika hanya dipertontonkan dengan lakonan sosial yang keterlaluan. kadang-kadang sampi menitis air mata bonda melihat si anak menjadi insan derhaka, sampai tercabar kesabaran si tua melihat kebiadapan si anak bangsa. sudah tenggelam budaya bangsa dek kerakusan kemajuan tanpa diselitkan erti peradaban.
selamatkan anak kita daripada jerangkap samar. si tua sudah tidak mampu berkata-kata. si bonda hanya terpaksa memandang dan menggelengkan kepala. mengeluh seribu bahasa sebagai tanda kecewa sikap anak-anak kita. aduh... sampai bila ia terus menghantui anak-anak kita?
anak-anak kita perlu sedar akan kesilapan ini. moga ia tidak berulang di kemudian hari. biarkan ia hanya menjadi segumpal coretan, ia tidak perlu dirungkaikan menjadi ikutan. biarkan ia ditelan lipatan hari demi hari. kerana anak-anak kita perlu terus mewarnai kehidupan ini.
anak-anak kita perlu dimerdekan segalanya untuk menilai dan memilih haluan kehidupan ini tanpa dihujani bebanan kesilapan itu.jika ia terus menyelubungi saraf-saraf pemikiran anak kita, kita perlu panggil pulang, perlu ajar tentang budaya agar jangan sampai jadi hamba.
anak-anak kita perlu pulang jauh dizaman lampau agar kenal apa itu budaya. agar kenal siapa pendusta. agar mampu mengubah masa depan. jangan lagi leka bermain lastik dan berpestolan didalam berlukar tanpa kenal erti budaya dalam kehidupan.
Friday, August 20, 2010
PADAMNYA TERANG MUNCUL LAH GELAP
SALAM.....terang disuluhi cahaya sgt diimpikan dlm hidup nie...mane x nya...smua benda ley nmpk...smua bnde jd senang....tp gelap....gelap diselubungi warna hitam amat ditakuti dlm setiap diri manusia....mne x nya...smua benda xnmpk...silap2 ley terhantuk... terancam...
malahan ley terbunuh...
bila terang....ramai gak makhluk ciptaan tuhan nie x ade perkataan "menghargai" dlm diri diorg...byk perkara disalah gunakan...byk plk yg mengambil kesempatan...apatah lg mengingkari suhuran tuhan.....tp smpi bila ia kekal terang menyuluhi lingkaran kehidupan ini...
bila gelap mula muncul dalam kehidupan...kecoh sana sini...huru-hara dibuat nya...tiada pe y dpt dilihat..tiada apa y dpt membantu mencari kepastian....manusia akan mula berperasan cemas dan takut akan kegelapan...menangis...mula akur dgn hebatnya kegelapan....makin di ikutkan...makin lelap dibuai cahaya hitam....hanya mereka yg berani akan meredah kegelapan demi mencari cahaya utk mulakan perjalanan yg baru....
namun itulah hakikat sebuah kehidupan....jgn la kita alpa semasa cahaya menerangi kehidupan...lengkapkan persediaan bila muncul kegelapan....agar kita masih mampu berdiri dan mengharungi dgn matlamat perjuangan didalam hidup ini....
~si gagak terbang tanpa sinaran rembulan~
Wednesday, August 18, 2010
"MEMBERI"
Salam....hati gua hancur....kesal....sedey.....itu jer perkataan yang gua boley gambarkan...selama nie gua sangat2 berharap dan berdoa agar "sumting" nie takkan terjadi...tetapi mlm ni hati gua ibarat dihempap pokok balak...ibarat ditikam buluh berkali2....kerana "sumting" itu telah terjadi....gua bukan nk cerita knpe hati gua hancur...kesal...sedey...tp gua nk mencakar "MEMBERI".....
dalam hidup gua...gua diajar oleh bapak gua..sifu gua..sahabat gua dengan istilah "memberi"....mungkin setiap makhluk ciptaan tuhan mempunyai pandangan berbeza terhadap pertanyaan gua...APA ITU "MEMBERI"?.... "memberi" adalah sesuatu perkara yang sukar diterjemahkan oleh sesetengah makhluk tuhan melalui perbuatan...semua makhluk tuhan hebat bercakap...hebat bermain lidah...hebat mengeluarkan hujah...hebat berludah...dan hebat berkahak....namun hebat hanya tinggal hebat...kerana tidak hebat dalam menzahirkan melalui akal fikiran...tidak hebat melalui tangan dan tidak hebat melalui kaki (bertindak)...
"memberi" telah mengajar gua utk menjadi makhluk tuhan yg bersyukur atas segala nikmat yg dikurniakan oleh tuhan yg maha esa diatas setiap gerak geri dimuka bumi ini kerana gua sudah banyak "menerima" dari tuhan yang esa...dari kedua ibu bapa yg penyanyang...dari sifu yg tidak pernah kenal erti kedekut dan dari sahabat yg sggup menjadi si tangan kanan....
gua cuma kesal dengan segelintir makhluk tuhan yg masih tidak dpt mencari makna "memberi"....apatah lg melakukan perbutan "memberi"...susah sgt ke lu org nk menanam sifat memberi dalam tubuh lu org????
gua tau pe jawapan terhadap persoalan diatas....sbb lu org nie pentingkan diri sendiri...sebab lu org dh selesa dgn nasib si penerima...sebab lu org tidak bersyukur ats pemberian org lain...sebab lu org tamak.....
kita hidup dimuka bumi nie atas dasar pemberian dari makhluk tuhan yg lain...susah sgt ke lu org nk "memberi"....pe yg lu org ade....lu org beri la...gua percaya setiap lu org nie ade kelebihan masing2...lu ade kelebihan dari segi wang ringgit...lu beri la...lu org ade kelebihan dari segi tenaga...lu beri la...lu org ade kelebihan dari segi masa...lu beri la...SUSAH SGT KE?????
gua "memberi" kerana gua telah menjadi penerima suatu ketika dulu...skrg giliran gua utk "memberi" pe yg gua terima....gua beri utk gua lihat diorg semua rase pe y gua rse dlu...dpt nikmat pe y gua dpt dulu...dpt ilmu pe y gua dpt dulu....msti lu org terfikir kan....pesal plk lu org kene "memberi"?....spe diorg y lu org nk kene "memberi" pada diorg.... pe faedah lu "memberi" pd diorg?...tp lu org penah pk x....spe diorg y "memberi" pada lu org satu masa dulu?....lu org penah pk x...pe faedah diorg yg "memberi" pada lu org dulu?...
cukup la lu org "memberi" kerana tuhan yg maha esa...ganjarannya adalah ehsan yg datang dari tuhan yg maha esa....
p/s
~bila kita berkata-kata...telinga yg paling hampir mendengar adalah telinga yg terlekat pada kepala kita~
Tuesday, August 17, 2010
CAKARAN PERTAMA
salam....tepat jam 2.55 pagi bertempat di No.29, level 18, Condo Beverly Hill, A famosa Resort...gua telah mencipta cakaran pertama gua atas desakan hati ni yang inginkan satu pentas baru utk gua bermain dgn kata-kata....tp sebenarnya gua bukan nye minat sgt mencakar nie.....gua lebih suke menggunakan lidah sbgai medium utk gua berinteraksi....
sblum nie...keje gua asyik nk maki makai je...abes air ludah percik kt muke orang....kadang-kadang...kahak pun penah lekat bertempek kt bulatan muke seeorg...ape2 pun, ini mungkin 1 permulaan baru dalam hidup gua....banyak bnde yg gua nk share ngn smua psl kehidupan ini....ada yg suka...ada yg luka dan ada yg duka....tp btul ke ade org ckp "klu sumting yg manis..kte perlu share ramai2 but klu sumting yg pahit kite telan sorg2"....tak kesah la btul ke tak...yg penting pemahaman dan penerimaan seseorg terhadap sesuatu perkara....
tak kesah la ape terjadi...yg gua tau...ari nie gua dh mencakar di dinding ini....hahahahaha
p/s
~kegembiraan perlu dicari bukan ia datang terbang mencari~
Subscribe to:
Posts (Atom)