Berkongsi setiap pengalaman hidup adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain membuat pengiraan erti sebuah kehidupan

Wednesday, February 16, 2011

Bukan Sekadar Menoleh


bila kita mula melangkah keluar dari pintu itu
jangan kita lupa untuk menoleh ke arahnya
buruk cantik baru atau lama
hakikatnya disitu lah kita pernah bersama
selangkah melangkah
seribu janji perlu ditanam
agar pintu itu terus tegoh berdiri
bukan roboh ditelan janji

usah fikirkan kenapa tiada manusia memerhati ketika kita jadi penghuni
apatah lagi untuk melangkah masuk menyampai berita
mungkin mereka rabun bahasa
kini giliran kita melangkah kedunia yang luar
kita perlu membuka laluan itu
percaya akan ada yang menghulur tangan untuk dipimpin

genggam erat tangan dikiri dan kanan
bergerak melangkah pulang ke tempat itu
kerana masih ada penghuni kehausan
rempoh halangan jika ada di depan mata
demi memberi bantuan agar mereka bernafas

sahabat teman kawan dan rakan
marilah kita kembali ke pintu itu
agar kita tidak menjadi si rabun bahasa
kerna seseorang pernah berpesan kepada kita


-0937-

Saturday, February 5, 2011

~kesalahan dan dosa~

Dipermulaan kehidupan bewarna putih sungguh indah. tiada secalit kotoran yang dilahirkan bersama setiap insan. sungguh adil maha pencipta kepada setiap makhluk ciptaan nya. bermula dengan tangisan pertama, ia mula menghampiri kita dengan pelbagai hasutan dan tipu daya agar kita terus mencari syurga buat dunia dan menempah neraka untuk bersama.

Satu demi satu kita mencuba menambah dosa tanpa di tegah oleh anggota yang diberi. kita relakan ia menyelaputi hati oleh titik-titik hitam yang membesar wilayahnya hingga menjadi kota kerakusan di dalam diri manusia. betapa cepatnya ia merebak seperti kilat menyambar pohon di tengah kota. namum tiada langkah pembendungan dilakukan agar menjadi benteng penghadang kepada iman yang telah lama di tinggalkan.



Akhirnya, tersadai di tengah lautan bergelora. timbul seribu penyesalan akan tingkah laku yang selalu menghantui fikiran hampir ditelan gelombang hasutan yang dasyat. ya  tuhan ku. jika ia adalah pembalasan atas kesalahan debu-debu dosa, aku bersyukur pada mu. terimalah aku seperti mereka. ampun kan kesilapan dan kesalahan. tetapkan lah iman ku pada ajaran mu. aku merayu kepada mu. kerna aku hanya lah seorang hamba. amin.